Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri ... Al-Fatihah

Satu lagi berita yang mengejutkan. Apa2 pun, innalillahi wainnailaihi raji'un. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah.

Mengapa yer orang yang baik2 ... tidak menyusahkan orang sering 'pergi' dulu? Mengapa yang menyusahkan orang dan membuat onar tidak 'dipanggil'? Astaghfirullah. Semuanya ada hikmah di sebaliknya. Selagi belum tiba ajalnya, berebut2 lah membuat amal dan ibadah selagi badan masih bernyawa. Peluang yang kita tidak pasti berapa lama yang kita ada. Alhamdulillah, mereka (Ustaz Asri, Yasmin Ahmad, Hani Mohsin) kembali ke rahmatullah dengan mudah dan ramai yang menyembahyangkan mereka. Alhamdulillah. Entah bagaimana lah agaknya nasib kita menghadapi sakaratul maut nanti.

Semoga aku sentiasa dalam keadaan beriman sebelum ditarik nyawa, semasa ditarik nyawa dan selepas ditarik nyawa. Amiin ...

No comments: