Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Thursday, December 24, 2009

Root Canal Treatment

Pagi tadi, gi buat rawatan untuk root canal. Sebelum dipanggil masuk, Subhanallah ... Allah aje yang tau betapa gerun dan menggigilnya rase. Dari luar bilik dengar bunyi drill ... perghhh ... macam2 rase ade.

Masa drill tu ... x sakit ... mgkin sbb yang bahagian atas da rosak ... so nerve dah mati. Hahaha ... tp bila dia cucuk je bahagian dalam, "ahhhh ... " jerit manja terkeluar. So, Doktor bagi bius. Da lama x kena bius gusi, so sakit jugak laa. Mata da berair. Pastu, Doktor pun memulakan operasi. Siap pesan ... "Jgn gerak2 yer ... sakit sikit ni." Ape lagi ... pejam mata sekuat2nya ... tgn kanan genggam tgn kiri mcm xbg lepas ... kaki dan menari2 ... ngilu beb!!! ngilu + sakit yang amat sgt. walaupun sekejap2 ... tp bila terasa tu ... air mata pun terkeluar ler. aduiii ...

tak lama tu ... siap. letak ubat dan tampal dgn ape ntah ... warna putih. Nurse pesan jgn makan makan keras2 takut benda putih tu tertanggal. Aiseyman ... cenggitu pulak. Tp disebabkan takut, maka pasni makan benda yg lembut2 je laa.

Ape2 pun, lega sesangat sbb saat menyakitkan dah ditempuhi. Tp xtau laa ape akan berlaku next appointment. xtanya lak ... hehehe ... ape2 pun ... lepas seksa pertama. alhamdulillah ...

Wednesday, December 23, 2009

Long Time No See...

Salam ... waahhh ... da lama x menulis dalam blog ni. Xde cerita and busy wat benda lain. Hari ni ade benda nak kongsi ... tu yang terajin nak login balik tu. hehehe ...

Actually, sok pagi ade appointment dental. Ni yang gerun ni. Memang ngeri kalau bab nak jumpa Dr. gigi ni. Terbayang perkakasan dia yang semuanya metal ... aduii ... kecut perut weighh ...!!

Esok appointment utk root canal. Sape yang pernah wat root canal ekk? Ape rasenya ekk??? Ngeri laa. Sekarang pun dah terasa kengeriannya. Perut da start kecut2 ... tengkuk mcm da nak berpeluh ... ujung jari2 da sejuk2 ... adui ... kritikal rasenya. Sampai nak wat keje pun terbayang2 klinik gigi tu. Uwaaa ... akotnya!!!

Ada juga baca pengalaman orang yg pernah wat RCT tp diorang sume from oversees. So, xleh laa nak bandingkan dgn doktor kita. Tp ... yang buat ngeri tu, ade kate sakit giler. Ade yg kata sakit sikit je masa bagi ubat bius. Ada yang mcm relief coz it wasn't as their imagined at first. Camne ni??? Perut udah terasa kecut yang maha hebat. Fuhhh fuhhh fuhhh ...

Tuesday, November 10, 2009

Kancil Merah

Juz now ade orang tanya pasal kancil merah yang aku nak jual dulu. Aisehh ... lupa nak update. Actually, kancil dah sold. Pakcik aku yg tolong. Maklum ... sebab mase tu nak beli kete lain (yang aku pakai sekarang laa). Tu yang nak cepat. Alhamdulillah, da setel. So, mintak maaf laa kepada sape2 yang berminat. Daa ...

Friday, October 30, 2009

Afiq jatuh!!

Rabu baru2 ni. Macam biasa laa ... balik keje mesti dapatkan Afiq. Lompat2 ... sampai Afiq penat. Then, masa untuk MANDI!!! And seperti biasa ... aku letakkan Afiq atas katil tanpa dikepung oleh apa2 ... no bantal ... no barang2 unless mainan dia and tikar getah (sbb nak mandi ...). Masa turunkan bath tub dia tu, Afiq dah 'pose' meniarap. Aku pun gi laa dapur nak masak air (Afiq mandi air suam). Masa ni dengar lagi suara Afiq tengah syok bermain. Baik aku 'on' je kettle tu ... dengar suara Afiq melalak sekuat hati.

Tak cukup tanah aku berlari ke bilik. Mak mentua aku pun menyerbu bilik. Mentua jaga Afiq time aku keje. Iskk ... hati mana tak cuak weighhh ... bila tgk Afiq xde atas katil. Tgk2 kat lantai. Mak mentua aku terus angkat Afiq. Astaghfirullah ... aku terus amik Afiq dari tangan mentua! Pujuk laa ... tgk2 mana yang lebam ke ... luka ke ... benjol ker ... tapi masa tu mmg Allah je yg tau perasaan aku. memang cuak giler! Masa tu xde air mata nak keluar pun ... tak tau nape. Tapi rase takut, risau, sedih ... sume campur2.

Afiq xde laa menangis berterusan ... ada jugak laa rengek2 ckit. Lebam bawah mata kanan dia. Sian ... sambil tu mak mentua dah siapkan botol isi air panas nak tuamkan bawah mata Afiq tu. Bila aku tekan2 kat lebam tu ... Afiq xde lak nangis. Tapi dia tepis2 laa tgn aku. Sakit atau x suka. Agak2 da reda ... da dgr dia mumbling tu ... aku mandikan laa dia. Alhamdulillah, masa mandi dia mcm biasa. Melompat2 ... cepuk2 air ... ketawa mcm biasa. Aku lega sangat ... insya-Allah takde ape yang buruk laa. Setahu aku, kalau anak tak terus menangis, then muntah2 ... pastu lembik aje ... there must be something wrong. Teringat kes anak kawan aku kat ofis lama dulu ... sedih ...

Pas mandi dia merengek2 nak tido. Bagi susu sebotol, terus tido. Time ni laa baru aku rase tak tertahan air mata nak mengalir. Time tu laa aku dok fikir ... andai pas jatuh tu Afiq tak bergerak ... aku mesti rindu gelagat dia. Suara dia yang suka bermanja tu. Sedih giler beb!! Itu laa ... kita hanya menghargai selepas kehilangan. Lagipun, mak aku selalu pesan, jangan tinggal Afiq sorang2 atas katil ke ... atas kerusi ke ... kalau tak kepung. Walaupun sesaat dua. Dalam masa tu, sekelip mata je dia leh pusing.

Tapi malam tu, aku bawak gak gi jumpa Doktor. Doktor kata tak perlukan x-ray sbb Afiq nampak ok tapi dia mintak observe dalam 24hrs. Alhadulillah, hingga hari ini, Afiq sihat dan nakal mcm biasa. Sejak kejadian tu, mama takkan tinggalkan Afiq main sorang2 atas katil. Mama takkan tinggalkan Afiq sorang2 masa Afiq nak tido (klu belum tido laa.) Kalau Afiq dah tido, mama kena kepung Afiq ngan bantal.

Apa2 pun, aku bersyukur sangat takde ape yang buruk berlaku. Semoga ini jadi pengajaran buat semua ibu2. Anak kita makin membesar dan kebolehannya makin meningkat. Kadang2 kita tak sangka dia boleh buat apa yang sebelum ni tak nampak depan mata kita. Pada pendapat peribadi aku, Afiq dilindungi oleh-Nya kerana hati bayi2 kita ni bersih dan suci. Alhamdulillah ...

Tuesday, October 20, 2009

Tragedi

Sebenarnya hari ni dah hampir seminggu peristiwa tu berlalu. Tapi masih terbayang2 kat ruang mata ni. Especially time tgh drive. Aduhhh ... sungguh laa tertekan perasaan dan jiwa raga ni. Macam ala-ala fobia gitu.

Isnin lepas ... time nak gi keje pagi2 dalam kul 7 gitu ... nak undur ler kete kan. Kete hubby parking kt luar bawah pokok. Tgh dok undur tu ... tgk laa cermin pandang belakang ... mmg obvious nampak kete hubby tu. So, kita tekan laa break kan. Tapi entah apa yang berlaku ... otak kata break tapi kaki dok tekan minyak. So, tau2 je laa kan apa yg terjadi.

Aku yang dok menghentam ni pun rase menggigil. Sah laa langgar, pastu panik agaknya aku x angkat pun minyak tu. Tekan lagi ade laa smpi kete hubby tu bergerak ckit. Kemek jgn citer laa. itu mmg sudah PASTIIIII!!! (ala2 soprano ning baizura ...)

Nyonya 2 orang tgh berjoging kt belakang tu pun da gabra. Aku ape lagi, kuar kete g kat hubby to say sorry. Hubby quite terkejut gak laa ... tgk dr expression muka dia. Jawapan dia ... "Takpe laa. Lgpun abg nak cat baru kete tu. Harap2 x kena rim". Aku terus mintak hubby gi anto kete untuk ketuk. Ongkosnya aku yg bayar.

Yang menjadi intipati citer ni sebenarnya ialah peristiwa tu selalu sgt berlegar2 dlm fikiran aku smpaikan aku takut nak bawak kete. Especially, kat traffic light. Macam2 aku fikir ... mana tau aku tertekan minyak lg ker ... hentam kete dpn. Kete dpn lak tu ... mercedes laa plak ... BMW ker ... uwaaaaaaaaaaaaaaa

Moral of the story ... Fikir laa sendiri ... hehehe ...

Thursday, October 8, 2009

Majlis Doa Kesyukuran

Alhamdulillah. Afiq terus ceria selepas off oksigen. Mama, Tok Mak, Atok, Opah, Aki ... semua gembira. Mama ingat nak wat kenduri doa kesyukuran ... kecil2an aje. Lagipun, mama dah niat. So, tunggu abah balik hujung minggu ni ... plan sama2. Samada dalam masa terdekat atau bulan depan. Sebab Tok Mak dah nak wat operation. Tak berseri majlis tanpa Tok Mak. Iyer laa ... tok mak yang menjaga Afiq masa mama ngan abah gi keje. Tak gitu?

Macam2 mama nak buat tp jangan over. Afiq masih dalam observation in this 3 months. Mama harap Afiq terus sihat. Insya-Allah, mama dan abah akan terus jaga dan menyayangi Afiq sepenuh hati.

Sekarang pun musim orang wat open-house. Berkira jugak nak bawak Afiq. Hati memang teringin nak berkunjung umah kengkawan. Tengok laa macam mana. H1N1 nampaknya da reda tapi apa2 boleh berlaku kan. Kawan Afiq, Ikram ... hari tu demam sampai kena warded. Ngeri pulak dengarnya. Ikram tu kira 'sihat' tu ... kalau nak banding dengan Afiq laa. Pun kena bahang beraya. Emm ...

Ape2 pun ... majlis yang dirancang nanti berjalan dengan lancar. Insya-Allah ...

Wednesday, October 7, 2009

Respironium Study Succeeded!

Alhamdulillah. Takde perkataan lain yang terlintas di hati.

Saat oksigen ditutup untuk respironium study 4/10/2009 jam 19:30, mama tak putus2 berdoa agar Afiq berjaya. Air mata jangan cerita laa. Tambahan pulak SPO2 reader tu xde alarm. Staf hospital siap pesan pada mama, andai reader tu 'mati' tiba2, mintak on kan balik. "Hahh??? Boleh jadi macam tu ker?!" Lagi laa mama gabra. Hampir setiap jam 'menyedarkan' diri ... untuk tengok performance Afiq. Takde ape yang membimbangkan. Nurse dah pesan, kalau Afiq tetiba x tahan, on kan semula oksigen nya. Jadi, mama selalu laa check dada Afiq. Nampak penat ke x. Tapi alhamdulillah ... Afiq nampak 'comfortable' sangat.

Paginya, macam biasa Afiq bangun awal. Lepas mama solat subuh, Afiq dah bangun. Happy sangat. Takde nampak penat ke ... tak bermaya ker. Hati mana yang tak gembira. Ape2 pun ... kena tunggu result and review by Prof. Boleh ker Afiq off oxygen?

Petang, Afiq ada klinik VLBW. Continued w/o oxygen. Afiq nampak ok. Pas klinik, mama dapat tau Prof ada miting. Tapi Dr Haiza ada. So, dia da cal Prof, then resultnye ... Afiq boleh off oxygen. Alhamdulillah ... mesin kat rumah tu boleh pulang masa next respiratory clinic. Lega dan bersyukur sangat2.

Sehingga ke hari ini, Afiq ok dan sangat aktif. Mungkin rasa selesa sebab takde tiub kat hidung. Mama sentiasa doakan kesihatan dan kebahagian Afiq sepanjang hayat. Amiin ... saaaaayang Afiq.

Wednesday, September 30, 2009

Happy Birthday Afiq

Pada 18 Sept lepas, Afiq dah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama. Oleh kerana masa tu bulan puasa, maka kitorang celebrate masa waktu berbuka laa. Meriah laa gak ngan pak long and family, atok dan tok mak. Xpuas hati dengan kek je laa. Ade ke tulisan birthday tu dia tulis atas plastik. Sbb da nak berbuka, tu yg malas nak komplen kat kedai. Ape2 pun, mama excited sangat celebrate 1st birthday anak mama. Saaaaaaayang Afiq!

Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri is coming ...

Emm ... tinggal beberapa hari saje lagi Ramadhan akan berakhir untuk menyambut Syawal. Rase sedih lak. Iye laa ... rasenya hanya di bulan Ramadhan je agak kuat untuk meninggalkan perkara2 yang 'laghoh'. Kalau bulan2 biasa, susah nak wat perkara-perkara yang dapat pahala. Masa bulan Ramadhan jugak laa kita menjaga tutur kata, perbuatan, mengawal nafsu perut ... mcm2 lagi laa. Betul tak??

Lagipun, terfikir sorang2 ... masih ade ke peluang untuk menyambut Ramadhan lagi?? Insya-Allah.

Raya tahun lepas tak balik kampung sebab dalam pantang. Lagipun, Afiq masih di NICU. Tahun ni pun beraya di Semenyih je sbb Afiq masih pakai mesin oksigen. Takkan nak bawak ke hulu ke hilir plak mesin tu. Rosak nanti naya je. Apa2 pun, akan dipastikan kemeriahan Aidilfitri tetap diraikan.

Dan dah jadi kelaziman, ampun dan maaf dipinta agar kemeriahan Aidilfitri lebih bermakna. Semoga pengguna jalan raya berhati2 sepanjang pemanduan untuk menyambut lebaran bersama yang tersayang.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri".

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Menjengah Lagi ...

Alhamdulillah ... syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan bulan yang penuh mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang dilalui tahun sebelum2 ni.

Nampaknya tahun ni tak berkesempatan berterawikh di surau. Buat sendiri di rumah aje laa nampaknya. Tapi setakat 2 hari yang sudah berlalu, masih belum berkesempatan. Rumah meriah ... along, angah ... wan pun ada. Nak siapkan makan malam untuk diorang laa pulak. Tambah plak Afiq kejap2 sedar. Kalau setakat sedar then tido balik, takpe lagi. Ni siap berjaga + merengek. Aduii ... terpaksalah mintak tolong angah. Hehehe ... jasamu dikenang. Thanks.

Ini Ramadhan pertama di ofis baru. Tak pasti ape aktiviti yang ada sepanjang bulan ni. Baru tadi terima emel pasal aktiviti Puspanita. Tadarus Quran. Aktiviti yang baik ... nak gi ke tak ... nak gi ke tak? Emm ... niat ada tp ... mcm xde gang nak gi. Camne ekk? 50-50 da ni ...

Ape2 pun ... harap sangat agar Ramadhan kali ni ... takde laa wat 'dosa' tu lagi. Insya-Allah ... semoga dipermudahkan jalan untuk ku terus beribadah kepada-Mu, Ya Allah. Amiin ...

Thursday, August 20, 2009

Gelombang H1N1

Pertama sekali, takziah kepada keluarga mangsa H1N1 yang telah meninggal dunia. Apa nak dikata ... ajal dan maut di tangan Tuhan.

Kerajaan sekarang begitu serius mencari jalan penyelesaian penularan wabak H1N1 yang kini telah meragut jumlah nyawa seramai 64 orang. Kempen memakai face mask telah pun diwar2kan. Golongan yang berisiko tinggi ialah bayi/kanak2, warga tuan dan wanita mengandung. Tambahan pula sekarang ni musim demam dan denggi. Bila demam sikit je, berebut2 ke klinik/hospital ... dikhuatiri bukan demam biasa. Maka penuh laa klinik/hospital esp klinik/hospital kerajaan.

Nak komen ni ... tabiat "Tak apa" dan tidak memakai topeng muka ketika berada di tempat awam tidak seharusnya dipandang remeh. Disebabkan golongan inilah, orang lain menjadi mangsa kerana berada berhampiran mereka. Di mana semangat 1 Malaysia jika hanya mementingkan diri sendiri?

Maka, terpaksalah memikiran hal masing2. Memakai topeng muka di khalayak ramai, sentiasa menjaga kebersihan tangan, kurangkan menyentuh idung dan jauhi mereka yang tidak sihat. Ape2 pun, kena kurangkan aktiviti yang melibatkan ramai orang.

Hari Kebangsaan yang akan datang ni ... tak tau laa macam mana. Lagipun, dah 2 hari rasenya takde kes kematian H1N1. Alhamdulillah. Harap semua rakyat Malaysia sedar mengenai masalah negara sekarang ni. Jagalah kesihatan dan ambil langkah perlu dengan segera. Insya-Allah ...

Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri ... Al-Fatihah

Satu lagi berita yang mengejutkan. Apa2 pun, innalillahi wainnailaihi raji'un. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah.

Mengapa yer orang yang baik2 ... tidak menyusahkan orang sering 'pergi' dulu? Mengapa yang menyusahkan orang dan membuat onar tidak 'dipanggil'? Astaghfirullah. Semuanya ada hikmah di sebaliknya. Selagi belum tiba ajalnya, berebut2 lah membuat amal dan ibadah selagi badan masih bernyawa. Peluang yang kita tidak pasti berapa lama yang kita ada. Alhamdulillah, mereka (Ustaz Asri, Yasmin Ahmad, Hani Mohsin) kembali ke rahmatullah dengan mudah dan ramai yang menyembahyangkan mereka. Alhamdulillah. Entah bagaimana lah agaknya nasib kita menghadapi sakaratul maut nanti.

Semoga aku sentiasa dalam keadaan beriman sebelum ditarik nyawa, semasa ditarik nyawa dan selepas ditarik nyawa. Amiin ...

Wednesday, August 5, 2009

Yasmin Ahmad In Memory

Dah hampir 2 minggu arwah Yasmin meninggalkan kita. Kehilangannya cukup terasa. Segenap lapisan masyarakat mula 'melihat' hasil kerjanya terdahulu.

Aku ... bukan minat sangat dengan arwah sebab aku memang kurang minat dengan orang industri hiburan. Tetapi secara luaran, ada juga wujud minat ... kreativiti arwah. Sememangnya kreativiti dan ilham arwah sangat dikagumi. Setiap tahun menunggu iklan raya, merdeka ... hasil kerja tangan arwah. Mesti ada mesej yang menyentuh perasaan. Tak kira lah sedih ke ... lucu ke ... yang pasti iklannya terus sampai ke hati. Tambahan pula, mesejnya melambangkan 'rakyat' Malaysia.

Walaupun aku belum pernah menonton filem2 karya arwah, tapi aku tau konsep ceritanya memang lain daripada yang lain ... especially kat Malaysia ni. Tak boleh nak bandingkan pun dengan Prof. Madya Razak Mohaideen ... jauh beza bagai langit dan bumi. Cara bercerita, pelakon2 baru ... bagi aku ... brilliant! Memang dilahirkan untuk membawa sinar kepada dunia hiburan. Tapi ... Allah lebih menyayanginya.

Kasih kepada kedua ibu bapanya sangat menyentuh perasaan. Aku tengok Majalah 3 last week ... lebih kurang mcm Tribute of Yasmin laa. Satu temubual dengan parents arwah. Satu je yang aku takleh lupa ... mak arwah ceritakan semula ...

"Kalau boleh, saya nak mak pergi (meninggal) dulu. Supaya saya boleh jaga mak sampai akhir hayat mak. Lagipun, kalau saya pergi (meninggal) dulu, sapa yang nak jaga mak?"

Mak arwah pun tak dapat menahan air mata. Siapa yang tak tersentuh dengan kata2 kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Kasih ibu membawa ke syurga.

Secara peribadi, kehilangannya merupakan satu kehilangan yang tiada galang gantinya. Hasil kerja dan personaliti arwah tetap memberi sinar kepada industri perfileman Malaysia. Arwah akan tetap dikenang dan dirindui. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi oleh-Nya. Al-Fatihah ... Amiin ...

Kisah Bayi 'Diratah' Biawak

Astaghfirullah ... baru baca paper KOSMO this morning. Apa nak jadi dengan manusia zaman2 akhir ni? Macam dah takde nilai. Boleh dibuang, dibunuh, dikelar, ditetak ... sesuka hati aje. Macam buat kat anak patung. Eee ... geram sungguh!

Dah tau buat salah ... pastu termengandung lak. Tak belajar ke ... bayi dalam kandungan tu kan akan membesar dan akan ditiupkan roh. Sebelum tu, amik laa tindakan awal. Bukan ler nak menggalakkan ... na'uzubillah ... cuma kurang laa sikit rasa 'terbakar' kat dalam hati ni. Takde laa sampai kena tangkap, masuk paper ... malukan keluarga. Fikirlah sendiri weighhh !!!

Nak membebel pun tak guna. Orang tak nak dengar pun. Lagi dicantas nya cakap kita ade laa. Konon kolot dan mengongkong. Tak fikir panjang. Muda mudi zaman sekarang.
Macam mana nak capai '1 Malaysia' ni ... isk ...

Tuesday, July 28, 2009

"Aaaabah ..."

"Abah??" Wahh ... seronoknya mendengar. Anak mama dah pandai sebut Abah. Ingatkan saje mumbling. Ajarlah plak sebut "Ma ma ..." Tapi perkataan Abah jugak yang keluar. Bukan sekali dua ... almost all the time. especially, time 'happy hour' dia. Ini takleh jadi ni. Bikin mama dengki aje. Abah pun da sengih2. Huh ...

Mana taknya ... abah jaga Afiq sejak kecik. Dari kat wad sampai masuk rumah baru. Berkepit ngan abah siang malam. Pantang nampak kelibat abah, Afiq dah tersipu2 ... melompat2. Happy sgt ler tuu. Dengan mama dia ... derk aje. Uhuk uhuk ...

Tak kisah laa anak mama sayang. Asalkan Afiq happy dan sihat selalu.

Monday, July 20, 2009

Afiq and Tonsilitis

Last week Afiq warded kt Hospital Kajang ... 3 hari 2 malam.

20/7/09 [8.00 pm] - Afiq minum sikit. Air liur meleleh jer. Pastu badan panas. Ingatkan nak tumbuh gigi ke. Disebabkan badan dia panas, kita bagi PCM laa kan. Selalu ok. Ntah nape this time ... dia tersedak. Sampai terbatuk2 dan akhirnya ... muntah. 2x ... terus x berani nak bg PCM lagi. Amik keputusan, g A&E je laa. Alhamdulillah ... x kena admit. Cuma diorang bg PCM jer.

21/7/09 [8.00 am] - Mama amik cuti sbb jaga AfiqOleh kerana Afiq xleh bg PCM guna syringe, so kitorang campurkan dalam susu. Ok ... menjadi. Tapi suhu badan masih x turun. Badan dia naik ruam besar2 pulak. Iskk ... ngeri kita dibuatnya. Pergi lagi A&E ... itupun kul 12 tgh malam.

22/7/09 [2.00 am] - Afiq warded. Tonsil Afiq bengkak. Dan ada sorang Dr ni ... dia kata takut Afiq kena jangkitan selaput otak (meningitis). Kalu ujian darah shown nothing, kena amik air tulang belakang. Aduii ... punah ranah hati ni mendengar. Mama hanya mampu berdoa je laa. Harap2 negatif.

Pagi buta tu gak, terus set line sbb nak on drip and antibiotic (IV). Mmg xleh nak tido nyenyak ... Afiq asyik merengek jer. That morning around 8, Dr kata akan check darah untuk find out the causes of rashes. And berita baik ... "I don't think this is meningitis." Alhamdulillah ... mama rasa lega laa sesangatnya.

Petang tu ... Afiq da nak mula minum susu. Tapi sikit je laa ... dlm 80 mls. Selalunya 100 mls over. Satu perkembangan yg baik ... Dr pun lega sbb diorang happy laa ... the antibiotic works laa. Diorang plan to off the drip. Rashes? Ada yg da ilang ... ada yg tumbuh baru.

23/7/09 - Drip totally off! Alhamdulillah. Afiq pun da mula makan walaupun sikit. Rashes? Mulai pudar and lessen.

24/7/09 - Dr plan to discharge Afiq ari ni. Cuma Dr bgtau Afiq punya Hb component ada yang rendah. So, diorang start FAC. It's ok ... apa yg mama harap, Afiq terus sihat. Jam 6.00 pm, Afiq boleh balik. Dan satu lagi berita ... no fees! Free of charged!!! Sebab ... bawak GL. Hehehe ... Afiq bersama mama dan abah ...gembira pulang walaupun rashes Afiq masih ada lagi.

Tuesday, June 30, 2009

Monday morning at HUKM

Semalam appointment Afiq. Ada 2 appointment actually. Fisio and respiratory. Yang fisio tu ... Afiq quite delayed. Corrected age Afiq is 6 months tp perkembangan kognitif Afiq agak lambat. Masih belum dapat seimbangkan badan. Meniarap lagi laa xmau. Menangis beria2. Sian pulak si therapist tu nk melayan Afiq. Hehehe ... tapi memang tiap2 bulan akan join sesi fisio.

Untuk klinik respiratori lak, Dr bagi maklum balas positif. Dr mintak parents train Afiq to off O2 for a few hours. Sebelum ni, tak lebih dari 1 jam as advised laa kan. On August, admitted untuk tengok performance Afiq 24hrs w/o O2. Berbunga2 mama dan abah dengar. Insya-Allah ... mama dan abah akan doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Harap sangat Afiq xpakai lagi O2 kat umah. Sian mama and abah tengok Afiq. Insya-Allah ... semoga harapan dan doaku dimakbulkan oleh-Mu. Amiin ...

Monday, June 22, 2009

Afiq Tak Sihat 2

Macam bersiri lak.

Hari tu citer pasal Afiq muntah2 kan. Berlarutan smpai minggu lepas. Dah ler muntah, tak nak minum plak. Kalau minum, 2 auns je. Xleh jadi ni. Xkan nak bagi ORS jer. So, Sabtu mama bawak Afiq ke klinik kesihatan je. So, Dr bgtau ada bunyi sikit dalam paru2 Afiq. Takut disebabkan masalah itu, Afiq muntah2. Takut juga kalau ada throat infection. At last, dia suruh refer ke HUKM. Cal HUKM, MO team Pakar tu xde. So, xleh ler nak datang. Nanti kena tunggu lama. Plan pergi esoknya.

Ahad pagi, gi laa HUKM. Alhamdulillah ... Dr kata paru2 Afiq clear. Ada bunyi sikit je tp memang mcm tu. Actually, Doktor macam nak tahan wad sebab masalah feeding Afiq tu. Tp kalau Afiq warded, takde sape available nak jaga Afiq. So, kitorang janji ngan Dr. akan pantau feeding Afiq.

Alhamdulillah, hingga pagi ni Afiq x muntah dan minum susu pun da kembali normal. Lega mama dengan abah. Almaklum, mama nak gi kursus seminggu. So, seminggu laa tak tengok Afiq.

Actually, sabtu pagi sebelum gi bawak Afiq ke klinik ... mama terjatuh dalam toilet. Time tu tengah sabun2. Jatuh betul2 kena tulang pelvik tu. Perghhh ... nak bangun punye laa seksa. Sakit wooo!!!! Tp leh jalan. Insya-Allah, xde ape yg patah2. Ehh ... terselit citer mama lak. hehehe ...

Monday, June 15, 2009

Afiq Tak Sihat

Confuse + kesian. Boleh katakan every weekend, Afiq mesti ada masalah kesihatan. Mama jadi tak faham. Sebab semua masalah tu tak tau puncanya. Last 2 week, cirit birit. Sabtu lepas baru2 ni, muntah2 plak. Sampaikan rase segan nak cal HUKM. Ntah ape laa agaknya yang diumpatkan oleh nurses kat sana. Mama tak pandai jaga Afiq gamaknya.

Nak gi kerja pagi tadi pun rase macam 'tak lalu' jer. Pale dok memikirkan Afiq. Ubun2 Afiq da agak lekuk ke dalam. Sikit je laa. Itu maknanya Afiq da kekurangan cecair dalam badan dia. Yang buat mama bingung tu ... Afiq remain active dan feeding ikut schedule. Seems macam takde masalah. Toloonnggg ....!!! Sian Afiq. Muntah memancut. Kalau sikit xpe. Ni kadang2 macam sebotol punya susu. Rupa muntah lak x macam susu basi. Macam susu yang baru diminum tu sedangkan da 1 jam berlalu. Merengek2 ... rupa2nya nak muntah. Aduhhh ... sian laa kat Afiq.

Sementera nak call HUKM, mama nak cuba bagi Afiq Alpha Lipid laa. Sebelum ni, masa Afiq cirit birit mama apply Alpha Lipid gak. Berkesan! So, harap2 kali ni pun berkesan jugak.

Tok mak ... tok mak tak sihat...

Thursday, May 28, 2009

Very Low Birth Weight (VLBW)

Baru-baru ni Afiq ada appointment VLBW. Memang excited nak jumpa doktor sebab nak tau next step untuk Afiq. Alhamdulillah, tak dapat jumpa dengan Specialist tapi terus jumpa dengan Consultant. Lagipun, Consultant tu pun da kenal Afiq since Afiq stay kat NICU kan lama.

Ada cerita best dan tak berapa best. Yang best, Afiq da boleh start solid food. Sepatutnya, Afiq da boleh start mase umur (chronological) 6 bulan lagi. Sekarang da 8 bulan ... missed 2 bulan. Takpe laa ... mama dia lak yang excited. hehehe ... ade jugak ubat yang Afiq tak perlu continue. Tapi susu similac kena teruskan. So far, ok laa tu kan.

Yang tak berapa best ... Consultant tu kata Afiq kena teruskan vaksin Synagis yang harganya RM3K++ sampi umur 12 bulan. Aduii ... tapi mama citer direct kat Prof tu ... mslh2 yang ada. Then, Prof tu faham. Tapi dia still prescribed kan ubat tu. Mana tau kalau nak beli jugak. Lagi 4 bulan ... menggigil kaki mama ... hehehe ... and hari tu jugak inject vaksin Influenza. Musim kan sekarang.

Ape-ape pun, klinik VLBW ni penting untuk jumpa doktor dan discuss dengan diorang apa-ape tentang baby kita. Next appointment is 4 bulan akan datang

Friday, May 15, 2009

Kerana kata-kata ...

Disebabkan kata-kata yang 'terlupa' nak tapis, hati seseorang yang dihormati, kini terguris bagaikan dihiris pisau baru yang tajam giler dan berkilat2. Adushh ... pedihnya!!!

Bab kata pepatah pujangga, tinta ibarat sebilah pedang. Kata-kata yang tertulis bisa membunuh. Macam mana ni? Masih sempat ke memohon maaf? Masih bisakah menjernihkan semula keadaan?

Perahu terlajak boleh diundur ... kata2? Arghhhh ....

Apa boleh dikata. Biarlah keadaan yang menentukan.

Thursday, May 7, 2009

Kancil dah selamat daa ...

Akhirnya, setelah sekian lama menjaja citer pasal kete kancil yang nak dijual tu ... tamatlah kisahnya pada petang semalam. Nasib baik ada pakcik yang prihatin dan sudi nak tolong carikan buyer. Tp buyer tu amik murah aje laa. Tak kisah laa daripada tak terjual. Oleh kerana masih ada hutang kat bank, maka tengahari tadi mintak izin kuar jap ngan bos gi setelkan baki.

Sedih gak laa pasni tak jumpa da kete tu. Uhuk uhuk ... aku tetap merinduimu ...

Wednesday, April 29, 2009

Hobi baru ...

Da ada hobi baru ... MEMASAK! Hehehe ... kt ofis baru ni, xtau laa camne leh timbul rase nak mencuba. Alhamdulillah, setakat ni menjadi laa. Da try masak mashed potato bersama gravy nya, kuih koleh kacang hijau, caramel sempoi dan yang paling baru ... donut. Baru buat semalam tp xsempat goreng. Balik keje ni je laa goreng. Ntah ape jd laa kuih donut ku di rumah.

Rasenye, ni semua bermula dengan sorang staf kt ofis baru ni ... rajin sgt memasak. Kerap bawak 'something' yang selalu hanya dibeli di luar. Tanya resipi, hujung terus minggu buat. Masa kat ofis lama dulu, ade jugak sorang dua staf yang pndai masak. Yang sorang ni, memang rajin bawak makanan ke ofis especially untuk breakfast. Tapi, takde langsung intention nak tanya resipi apatah lagi mencuba.

Rase xrugi pun sebab hubby memang jenis 'pemakan' orangnya. Bila da penat memasak, then ada pulak orang makan dengan penuh semangat, kita rase seronok. Dan rase bersemangat untuk mencuba resipi lain.

Readers out there ... kalau ade resipi untuk saya cuba, leh ler huluq2 ckit. Hehehe ... ape2 pun, hobi baru ku ini amat menyeronokkan.

Monday, April 13, 2009

Miting!!!

Esok, kena gi miting kat Kuching. Ganti bos. Maknanya, bosses laa yang ramai kat miting tu nanti. Tak kisah laa. Miting tu half-day jer. Tapi disebabkan xdapat tiket malam tu ... maka tak pasal2 kena overnite kt sana. Ni yang gabra ni. Almaklum ... tempat x familiar kan. Tapi bila call MAS, diorang kata tiket untuk mlm tu available. diorang xleh wat ape2 sbb book ticket thru agent.

Tapi ape2 pun, esok pas dapat je boarding pass ... terus gi kaunter. Cuba mintak tukar tiket ... available ke x. Hopefully ... ade laa kan. Amiin ...

Nanti bila balik ofis, boleh update dalam My Space@Work pulak k?

Friday, March 27, 2009

Afiq dah balik!!!

Alhamdulillah. Akhirnya, Afiq pulang ke rumah buat pertama kalinya sejak dilahirkan pada 25 Mac 2009 (Rabu) baru2 ni. Bercampur2 perasaan. Hanya Allah saje yang tau perasaan sebenar. Seronok dan amat seronok. Tetapi nervous sebab sekarang mama dan abah berdua aje yang akan jaga Afiq. Nurse dan takde. Suara baby2 lain pun da takkan dengar. Hanya suara mama dan abah aje.

Hari pertama bersama Afiq. Mulanya Afiq macam tak berapa selesa bila mama baringkan Afiq dalam baby court. Asyik merengek aje. Mama dan abah pun risau. Masa mama keluar gi beli barang keperluan (rumah baru, masih ada yang tak lengkap), abah dok adjust bilik then letak tilam tidur mama n abah. Pastu letak Afiq kat atas tilam tu dan dikelilingi bantal. Nampaknya Afiq tidur lena sangat. Sejuk hati mama bila tengok Afiq selesa dan lena.

Hari kedua. Afiq suka sangat bermain. Jarang sangat nak baring2 macam biasa. Takleh buat keje dibuatnya. So, time Afiq berjaga dan nak bermain, salah sorang kena laa teman Afiq yer. Takpe ... asalkan anak mama dan abah ni sihat walafiat. Amiin ...

Cabaran buat mama ialah masa makan ubat. Mama akan pastikan Afiq takkan makan ubat banyak in one time. Takut Afiq muntah. So, mama kena arrange masa betul2 agar Afiq dapat makan semua ubat ikut prescription tanpa masalah. Mudah2an.

Apa2 pun, semoga anak mama terus sihat dan gembira bersama-sama mama and abah. Mmuaahhhh ... sayang Afiq!

Tuesday, March 17, 2009

Laman Web Mencurigakan!!

Wahai kaum Muslimin dan Muslimat. Berhati2 lah dengan laman web berikut yang dipercayai boleh memudaratkan akidah orang Islam. Ianya dihasilkan oleh orang Yahudi.

1. http://www.answering-islam.org
2. http://www.aboutislam.com
3. http://www.thequran.com
4. http://www.allahassurance.com

Telitilah sesuatu perkara yang melibatkan agama terutamanya Aqidah terlebih dahulu. Dikhuatiri yang palsu menyesatkan. Wallahu 'alam.

Thursday, March 12, 2009

Kursus!!

Semalam, bos calonkan nama untuk attend satu kursus ni. 3 hari kat KL jer. Ok laa kot ... bukannya lama sangat. Tapi ...

Pagi ni baru dapat memo pasal kursus tu. Adushh ... yang sedihnya ... 3 hari ... dari pagi hingga malam. Maknanya kena overnight kt hotel. Uwaaa ... sedihnya. Kena tinggalkan Afiq jap. Agaknya masa tu Afiq kt hospital lagi ke atau da balik umah. Kalau kt hospital lg, mgkin tak worry sgt sbb makan minum disediakan. Harap2 belum. Tunggu laa mama abis kursus. Then mama akan amik cuti.

Eee ... tak bestnyer rasa. Tapi takpe laa ... sementara kena g kursus 3 hari je ni, pergi laa daripada kena gi kursus yang berminggu2. Iye tak?? Ape2 pun kena think positive. And take it as a challenge. Caiyok!!!! Bab rasa sedih2, tolak tepi. Rindu2 takpe. Hehehe ...

Wednesday, March 4, 2009

Correction Kancil

Alamak ... salah information laa. Kereta kancil tu bukan 850cc ... 660 jer. Manual. Sori ekk ...

Monday, March 2, 2009

Gambar Kancil

Ni haa ... gambar kete kancil. Sori laa ... lambat upload gambo. Plat : WEG ****

Apa2 leh cal saya ya. Tq.



Friday, February 27, 2009

Farewell Kak Noriah & Kak Wahidah

Kak Noriah naik pangkat F48 kt EPU. Last Monday, dia da report duty kat ofis baru. Tapi coz of ada keje yang pending ... tambah nak handover keje plak, maka this week Kak Noriah ada lagi. Pagi di sini dan petang di ofis baru.





Kak Wahidah lak dapat tawaran from MAMPU untuk join pakar-pakar perunding kat sana. Baru nk bermesra-mesra. Takpe laa ... tu rezki diorang untuk tempat yang lebh baik. Hopefully, diorang terus sukses kan.

So, kitorang ada buat sedikit makan-makan pagi tadi. Tak semua yang dijemput. Juz ahli dalam bilik kecik tu and beberapa org jemputan. Hehehe ... nampak semua orang happy.





Berdiri dari kiri : Harris, Fiza, Puan Haniza, mama, K. Mas, Fifi.
Duduk dari kiri : K. Wahidah, K.Noriah, Ayu

Ni gambar selepas menjamu selera.

Tuesday, February 24, 2009

Jeles ... Afiq anak abah!

Eee ... jelesnya!!! Malam semalam mama gi tengok Afiq. Mase tu tengah tido. Tak lama pastu Afiq jaga sbb feeding time. Ok laa ... macam biasa, kalau mama ada time tu ... mama laa yang bagi susu kt Afiq. Sementara tunggu Afiq betul2 lapar, mama nak laa main2 ngn Afiq.

Uwaa ... Afiq tak tengok mama pun. Afiq tengok abah jer. Pastu, bila abah acah2 Afiq ... Afiq siap gelak2 lagi. Bukan main besar lagi Afiq sengih. Uwaa ... jelesssss!!!! Sedih pun ada gak. Tapi ... nak buat macam mana. Da 24-by-7 abah jaga Afiq. Mana taknya kan??? Ni ayat nak sedapkan ati jer nii. Sbb tu mama tak sabar nak masuk rumah baru. So, mama sama abah akan jaga Afiq dan Afiq akan jadi 'anak mama' jugak nanti. Hehehe ...

Nak Jual Kereta Kancil

Ada sape2 yang berminat nak beli tak kereta Perodua Kancil Manual 860cc ?

Tahun : 2005
Warna : Merah (Solid)
Keadaan : Baik
Harga : RM5k++ (Negotiable)

Boleh hubungi saya : 013-6235953 (9am - 6pm) untuk keterangan lanjut. Gambar kereta akan saya upload dalam masa terdekat.

Friday, February 20, 2009

Afiq dah pandai ketawa!!

Alhamdulillah ... akhirnya anak mama dah pandai ketawa. Sebelum ni mama selalu main bu-bu-cak ngn Afiq tapi Afiq wat muka 'blur' je. Excited sgt bila tengok Afiq senyum ... ketawa. Rase macam tak nak berhenti main-main ngn Afiq. Seronok sangat!!!

Tapi doktor da bgtau ... kalu nk tgk perkembangan motor dan mental Afiq, kena kira umur sepatutnya Afiq lahir. Means, sekarang ni baru laa 2 bulan. Kalau ikut umur sebenar, Afiq dah 5 bulan. Jauh beza tuu!!!

Takpe laa ... asalkan anak mama sihat. Mama and abah cuba yang terbaik untuk Afiq. Ye sayang ...

Teman Afiq di rumah

Well, inilah oxygen concentrator machine yang bakal menemani Afiq di rumah nanti. Pinjaman. Owner yang beli mesin ni dulu digunakan oleh anak dia. Tapi da meninggal. Kalau nk beli ... RM5K ++. Dalam perjanjian, pinjaman untuk 3 bulan pertama dulu. Andai ada pesakit yang lebih memerlukan dan pada masa tu Afiq masih perlukan oksigen di rumah, terpaksa beli sendiri laa. Lagipun, Doktor target Afiq perlukan machine tu for one year. Harap2, paru2 Afiq akan sembuh less than 1 year. Sian anak mama ... tak dapat bergerak bebas macam kanak-kanak lain.

Sebelum bawak balik, Afiq da try guna kt wad. Doktor advise untuk try so let Afiq comfortable laa ngn oksigen supplied by the machine. Tapi yang susahnya, bawah mesin tu cepat panas. Tengah fikir mcm mana bila balik umah nanti. Nak guna mesin 24-by-7. Mati wooo kalau nk on air-cond. Emmm ... takpe laa. Fikir nanti2 laa ...