Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Sunday, December 16, 2012

Lepas seksa

Alhamdulillah ... akhirnya lepas seksa untuk program petang Jumaat lepas. Design banner, bunting and montaj. Banner ngn bunting mmg tanggungjawab aku sorang laa. Yg montaj tu kitorang buat as a team. kami bertiga aje. Mula2 dpt content utk montaj tu ... mengong jugak ler kepala sbb lebih kepada presentation klu nk dikatakan montaj, ada byk teks yg nk bagi orang bace. Emm ... klu sebelum ni mmg pakai powerpoint je laa ... senang klu diorang nk pinda last2 minit. Tapi ... xkan xde kemajuan kot? ecewahhh ... cuba mencabar diri sendiri ...

Aku mmg prefer guna powerpoint sbb tak pandai sgt guna multimedia software mcm Flash tuu. Tapi team yg lg dua orang tu ... decide nk guna flash. Siap pecah2 kan ikut storyboard. Mula laa rase gelisah ... sbb ada masa 2 minggu aje. Boleh ker nk buat nii??? Mane nk tgk tutorial, mane nk cari nota ... mmg gabra dan stress dibuatnya.

Try buat satu scene pun tak jadi2 ... nk wat motion pun tak jadi2 ... mula rase nak menangis. Cuba gak berterus terang ngn member team tp diorang terus bg kata semangat. makin gabra laa ... diorang ni tau tak aku ni tgn bangku klu guna flash nii ... alamak mcm mana ni. sbb da stress sgt ... citer gak laa ngn member lain. tp dlm masa yg sama aku cari jugak semangat utk siapkan projek ni. jgn hampakan team member dan juga rakan2 satu division especially bosses laa. :-)

makan entah ke mana ... tido entah ke mana ... smpi ade satu hari tu aku rase da pening lalat (langau da rasenya) ... smpi nak termuntah2 dibuatnya. tapi anakanda laa pemberi semangat utk teruskan usaha.

Akhirnya, berjaya juga menyiapkan montaj dan hasilnya tidaklah begitu membanggakan tapi bagi aku ... aku sendiri tak sangka aku leh buat dengan motion yang mcm2 tu. hehehe ... congrat cik effa ... semoga terus cemerlang yer ...

Monday, September 17, 2012

Cerita Terkini

Salam ...

Setelah sekian lama tiada cerita baru ... ni nak citer. Hahaha ... mula2 pasal Afiq,

Afiq bru je baik demam. Seminggu lamanya. Suspect denggi. gabra mama ngn abah dia dibuatnya. Kita terpaksa laa amek cuti. Tok mak dia pun bukan sihat sgt nk jaga budak demam ni. Tau aje laa ... budak demam ni byk kerenahnya. Amek darah 3x. Iyer laa ... da dikatakan suspect denggi. Umah plak mmg lokasi wabak. Aishhh ... ngeri plak bila diorang bgtau begitu. Bila result darah shown platlet menurun, busy mntak petua mcm mana nk bg platlet naik balik. Klu sepital, diorang mintak byk minum air termasuk laa 100plus. Afiq dah ler xminat nk minum air sgt ... ape lg 100 plus. Seb baik jmpa isotonic drink lain yg xde gas. Gatorade. Mcm2 perisa ada ...

Pastu mak bg plak sup ketam. Paksa laa budak kecik tu hirup sup ketam. Kita plak mmg x makan ketam. Jd kembang tekak tgk afiq hirup sup ketam. Hehehe ...

Alhamdulillah, 3rd day amek darah tu ... platlet naik mendadak. Mmg mujara betul laa sup ketam. Syukur sgt2. Skrg ni ... bila da sihat, selera makan pun bertambah baik. Apa kita makan ... dia nk makan. Harap2 begitu laa spjg masa. Jauhkanlah daripada penyakit. Amiin ...

Citer mak dia plak ni ... tetiba smlm kena gegata. On the nk g umah adik ipar kt putrajaya, tetiba rasa gatal2. ingtkan ckit aje. Tp dok asyik tergaru2 je ... xleh jd ni ... mesti gegata ni. Paling teruk bila kuar makan ramai2 kt Bangi. Adoaiii ... lagi tergaru2. Takkan ni bgtau family yg aku kena gatal2. Malu laa beb. Pas makan ... selesai bayar (abah mentua belanja), terus mintak izin balik. Maklum, dah tak tahan tergaru2. Satu badan daa rasenya. Balik makan, terus singgah klinik.

Peristiwa yang memalukan. Sementara tggu nama dipanggil, aku kena laa tggu kt luar bilik. ade laa beberapa org. aku control ckit laa tergaru2 tu. tp bila org da berkurangan, syok laa aku dok tergaru2 kt kaki, peha, perut. Merenyam!!! smpi laa aku terperasan ada CCTV. Alamak ... kantoi!!! Bila nama aku dipanggil, aku bgtau aje laa yg aku kena gegata. Doktor pun suggest aku amek injection Hydrocort. Hahh ... amek kau!!! Da lama x kena cucuk. Da selesai cucuk tu ... smpat laa aku tnya. CCTV kt luar tu ... rosak ke tak? Doktor ngn nurse jwb ... "Ehh ... ok. Ni haa gambar dia". Aiyoo ... betul2 kt dpn meja dokor. Doktor tu pun ckp ler ... "Itu laa psl. Sapa laa yg tergaru2 kt luar tu ... nmpak restless sgt." Hahaha ... sume dok gelak. Aku pun tergelak sekali. Ngeee ...

Itu aje laa citernya. Gegata aku ni pun tak baik lgi. Cuma tidak laa tergaru2 sgt mcm smlm.

Ok ... daa ...

Monday, May 21, 2012

Perayaan Yang Menjadi Ikutan

Tertarik hati nak berkongsi pendapat mengenai perayaan atau sambutan yang kebanyakannya adalah satu ikutan bangsa atau agama lain. Islam tidak menuntut pun. Ada yang harus malah ada yang diharamkan.

Baru2 ni isu sambutan Hari Ibu. Khutbah Jumaat kt umah kata HARAM meraikannya kerana menyerupai amalan agama Kristian di Eropah. Daripada ulasan-ulasan para Ulama' ... ada pelbagai pandangan. Ada yang kata harus, ada yang kata makruh dan seterusnya menjurus kepada Haram.

Dikatakan harus kerana niat meraikannya berdasarkan kepada kehidupan skrg yang mana sukar untuk meraikan ibu masing-masing setiap hari. Bila ada tarikh / bulan tertentu, mudah untuk merancang dan seterusnya berkumpul anak beranak. Mereka bersetuju ia adalah bid'ah kerana Islam tidak menuntut menyayangi ibu pada satu tarikh sahaja. Dengan syarat tidak berniat/bertujuan meniru/menyerupai orang Barat.

Dikatakan makruh pula sbb menyerupai sesuatu kaum yang lain. Demi menjaga kemaslahatan umat Islam, maka elakkannya kerana ditakuti jatuh kepada hukum Haram.

Pendapat ulama' mengatakan Haram kerana satu sahaja iaitu MENYERUPAI KAUM LAIN. Spt mana sabda Rasulullahi S.A.W  “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani].

Maka banyak lagi perayaan / sambutan yang menyerupai malah seakan2 meniru orang Barat termasuklah sambutan tahun baru (kalendar masihi).

Semoga kita diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Tepuk dada tanya iman. Wallahu a'lam.

Thursday, May 17, 2012

Kisah Menjadi Orang Yang Bermanfaat

Salam semua. Hari ni rasa mcm nk potpet psl manfaat. Ok kan? Bukan apa ... kita selalu dituntut agar menjadi orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Bukannya jadi orang yang menyusahkan orang lain. Banyak pahalanya. Tidak kira laa besar, kecil, banyak atau sikit manfaat yang diberi.

Sebelum ni aku selalu dengar ... jangan asyik komplen ofis tak bagi itu dan ini, tetapi fikir2kan apa yg kita boleh bagi pada ofis kita. Apa kebajikan yang kita boleh bg kepada ofis kita agar ia bermanfaat kepada ofis / organisasi. Jika mereka ambil manfaat dan apply pulak kt tempat lain, alangkah besarnya pahala kita. Rupa2nya kebajikan kita turut dimanfaatkan kepada ramai orang, yang tak pernah kita tau.

Mungkin kalau kisah menjadi orang bermanfaat kepada organisasi terlalu biasa. Tapi bagi aku, menjadi orang bermanfaat kepada keluarga kurang diberi perhatian. Kepada ibu bapa, adik beradik, suami/isteri malah saudara mara dan sahabat karib. Bukan sape2 pun ... saudara sendiri.

nak kongsi laa beberapa senario :
1. Si anak gajinya kecil, tak dapat nk hulurkan byk2 pada mak abah. Tapi cukup rajin. Siap mengerjakan tanah terbiar dgn bercucuk tanam di luar rumah. Hasilnya dapat dikongsi bersama mak abah. Mana yang pandai bab2 menukang/ merepair brg2 kt umah tu. So, belanja umah mak abah kt umah tu da dikurangkan sbb manfaat oleh anaknya itu. Sejuk perut ibu mengandung dpt anak mcm ni ... hehehe ...

2. Si suami bukan jenis yang suka mengemas. Tapi bab anak2 mmg dia jaga. Kalau boleh balik keje ngn anak2 je laa. mandikan anak (yg kecik ler), tgk kan kerja sekolah anak, tido kan anak2 ... surat khabar ke tv ke ... boleh jatuh no 2. secara tak langsung ia bermanfaat kepada isterinya. tolong handle anak2 smntara si isteri boleh fokus kpd kerja2 rumah yang lain. sayang cik abang ... ngee ...

3. Kawan di pejabat. Kerjanya biasa2 saje. Takde laa tip top sgt. Tapi bab solat sgt dijaga. Masuk je waktu segera mengerjakan solat. Sblm pergi tu, diajak bersama kawan2 yg lain. Mungkin tak ramai tp ada laa seorang dua yang akan menurut sama. Selepas tu makin ramai. Kemudian diamalkan pula di rumah atau di mana2. Banyak faedah menyegerakan solat. Insya-Allah ... segala urusan dipermudahkan. Bagi aku ... ramai yang menerima manfaat kawan tadi tu. Tak berapa nampak dengan mata kasar tapi tengok laa dgn mata hati. :-) leh jmpa ke kawan mcm tu yer ... emmm ...

Tu saje je senario2 biasa yang aku pernah baca/tengok. tak kira laa dongeng ke kisah benar ke. Ap yg penting ... marilah bersama-sama merenung kembali adakah kita telah menjadi orang yg bermanfaat kepada orang lain. Tepuk dada tanya iman. Wallahu a'lam.

Tuesday, April 24, 2012

Simple Tiramisu

Yummy!!!

Da beberapa kali try. Baru this time berpeluang nk kongsi. Hehehe ... mmg yummiezzz!! Nk buat pun senang giler. Resipi amek dr myresipi.com. Alamak ... x ingat nama empunya resipi.
Da tinggal separuh bru teringat nk snap gambo

Resipi nya mudah je ...

200 gm cream cheese
250 ml whipping cream
1/2 cwn gula halus
1 sdk serbuk nescafe
1 cwn air panas
Sponge cake / biskut marie / finger biscuits / chiffon cake
Sedikit serbuk koko

  1. Bancuh serbuk nescafe bersama air panas. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese sehingga sedikit kembang.
  3. Masukkan whipping cream dan pukul lagi.
  4. Masukkan gula pasir dan pukul lagi. Hasil adunan dibahagi 3.
  5. Lapisan 1 : Susun kek/biskut. Ratakan sedikit air nescafe tadi ke atas biskut.Kemudian sapukan adunan krim ke atasnya.
  6. Ulang langkah 5 untuk Lapisan 2 dan Lapisan 3.
  7. Sesudah selesai Lapisan 3, taburkan serbuk koko di atas sekali.
  8. Tutup dengan plastic wrap dan sejukkan di dalam peti ais. (Bukan dalam freezer yer ...)
  9. Sedia untuk dinikmati.
Famili cukup gemar especailly my hubby and my mak. Termasuk laa aku. hehehe ... ade harapan nk buat 1 biji minggu ni. Terliur dibuatnya. hehehe ...

Special Walkathon 2012

Taman Tasik Titiwangsa, 22 April 2012

Penat but have so much fun! Pagi2 da keluar rumah. Afiq tido sepanjang perjalanan. Da smpi kt tasik tu pun mata masih tertutup rapat. Kesian ... siap mengadu pening. Ye laa ... tgh tido nyenyak kena kejut. Nenong laa kepala tu.
Peserta cilik C106

Anyway, congratulation to CADS Centre and all those yang terlibat secara langsung dalam program walkathon hari tu. It was so great berjumpa dengan great parents and great childs yg rata2 really enjoy the program. Rasa bangga and seronok libatkan Afiq dlm aktiviti mcm ni.

Walaupun berjalan almost 1km keliling tasik, tapi Afiq nampak enjoy dengan pemandangan kt tasik tu. Org berbasikal, bersenam, berjoging, plus air pancut yg tinggi2. Asyik2 ... "Wahhhh.." kagum sungguh anakku. Hehehe ...

Pas acara walkathon, program continued dengan acara tele-match plak. Semua ada 5 acara : Masukkan kacang dalam mangkuk, Masukkan air dlm botol guna span, Kepit bola dan Garisan Panjang. Tau je laa klu da tele-match. Mak bapak yang over terjerit2 termasuk laa aku. Walaupun matahari da mencanak atas kepala ... still layannnnn. Hehehe ...

Yg pasti satu acara kumpulan Afig menang. Yeayyy !!! So dpt laa present. And thank you to the organizer ... Afiq dpt sijil. Bukan main seronok lagi dia. Balik rumah dok tayang sijil kt Mak Long, Pak Long ... tersengih2. Lum masuk tadika lg da dpt sijil.

Ini laa hadiahnya ...

Bila Afiq seronok, aku pun jd seronok. Harap2 next time klu ada program mcm ni nk join lagi laa. Luv u Afiq!!


Monday, February 27, 2012

Derita Sahabat

Hospital Kuala Lumpur, 25 Februari 2012

Alhamdulillah ... akhirnya smpai jua hajat untuk menziarahi sahabat yang sedang sakit di HKL. Hampir jam 2, baru smpi ke perkarangan HKL. Ramainya orang ... iyer laa time cuti.

Sempat berjumpa dengan mak dia. Masa masuk bilik tu, mak dia tengah baca Yaasin rasanya. Bila dia sedar aku smpai ... terus berjabat salam. Nurse ingatkan aku cuci tangan dulu. Lupa plak. Da lama tak masuk ICU.

Sahabat sekolah rendah dulu ... sedang terlantar sakit akibat kanser otak. Sudah 8 tahun menderita. Dah pernah buat ops pun ... tp mgkin kali ni sudah teruk. Sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa ... ditakdirkan berjumpa tatkala dia dalam keadaan begitu pulak. Da sebulan dia di ICU. Ya Allah ... Kau kurniakanlah kepadanya kesihatan ... agar dia dapat kembali bersama-sama keluarga dan sahabat. Amiin ...

Nasib baik mak dia ada. Klu tak, mau gugur jugak laa air mata. Ada hati nk berborak walaupun ketika itu dia ditidurkan. Rasenya dia mendengar. Tapi ... masa tak mengizinkan. Rupa2nya ICU ada waktu melawat (nmpak sgt da lama ... hahaha). So, terpaksa laa balik.

Apa2 pun ... didoakan segala yang terbaik buat sahabatku, Ahmad Shahrul Fahmi. Semoga terus berjuang. Insya-Allah ... Allah itu Maha Mengasihani.

Saturday, February 25, 2012

Rumah untuk disewa

Jenis rumah : Single-storey (kawasan Melayu)
Lokasi : Taman Rozy, Sungai Abong, Muar, JOHOR
Bilik : 3 bilik tidur + 2 bilik air
Lain2 : Dekat dengan Hospital, JPJ, Sekolah (Teknik, Menengah, Agama)
Kadar sewa : RM350 sebulan

Berminat? Hubungi Encik Hj. Bakar 013-3723321

Wednesday, February 8, 2012

Menjengah lagi ...

Salam.

Da lama rasanya tak update blog sendiri. Hehehe ... jeles dok dgr member update blog masing-masing. Hahaha ... actually mmg byk story tapi dok asyik tangguh2 ... da jd x best laa story nya.

Hari ni dah hampir separuh bulan Februari 2012. Dah lambat sangat rasenya nak wish Tahun Baru. Rasenya ramai dah start azam baru masing2. Aku?? Soalan cepu perak. Hehehe ... masa dirasakan berlalu pantas. Sedar2 dah masuk Februari. Azam baru 2012 ... ada ke?

Kalau kerja, ada SKT. Personal life pun kalau ikutkan mesti ada SKT. kalau tak, sesat laa sepanjang tahun. Iyer laa ... hidup tiada arah tuju. Mcm live for nothing jer. Ishh ... ngeri bunyinya. Tahun ni mcm2 nk buat. So, harap2 apa yang dirancang tahun ini tercapai laa.

Ok ... semoga berjmpa lagi. Semoga terus rajin meng'update' blog yg selalu sepi ni. Hehehe ... daa ...