Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Friday, June 4, 2010

Long time no seeee

Ushh ... lama sudah x update blog. Sbb asyik update kt FB jer. Huhu ... ni tetiba ade org tnya psl kancil ... klu tak mmg x menjengah laa blog ni.

Hopefully, masa2 akan dtg leh update lagi. Daa ...

Monday, March 1, 2010

Pompuan Niii!!!!

Kes ni dah berlaku last week lg tapi nak citer gak sbb maybe this week it would happen again. Arghhh ... tensen!!

Kisahnya ... last week aku masuk ofis lambat ... petang coz ada appointment Afiq. Klinik mata ... lambat giler abisnya. Yang pasti, parking memang penuh laa kan. Tp on that day, mmg x sangka kereta banyak giler. Penuh tepi2 jalan. Iskk ... bior benor ni. So, aku g laa parking pelawat kat belakang nun. Dari 2 hala dah jd 1 hala. So, bila kete masuk, kete yang nak keluar stucked ler. Aku salah sorang mangsa kete yang nak masuk. Memang berjela laa panjangnya.

Oleh kerana da lewat sgt, so aku decided parking je depan kete mana2. Byk jugak kete yang double-parking. So, terpaksa. Since tapak parking x rata (agak berbukit), so aku terpaksa angkat handbrake. Tp aku tinggalkan laa no phone. So kalau2 orang nak kuar, leh ler call aku. Nanti aku alihkan kete. Pastu, aku pun berjalan ler ke ofis yang agak jauh jaraknya. Terpaksa laa kan!!

Lebih kurang 10 minit sblm kul 5 (waktu balik), sorang pompuan cal.
Pompuan : Puan, tolong alihkan kete. Saya nak balik ni. Urgent!
Aku : Err ... ok.
Pompuan : Puan turun sekrang tau!
Aku : OK!!

Aku pun segera laa turun. Sbb jauh, so aku cepatkan langkah. Tp xde laa berlari. Dalam lif, dia cal lg ... tanya aku da turun ke lum.

Pompuan : Cepat tau puan. Saya ni nak balik Kinrara. Bukan kat *** ni jer.
Aku : IYER!!

Sampai je kt kete tu, aku cepat2 laa on enjin ... nak alihkan kete. Dia siap sound lg.

Pompuan : Lain kali nak block kete orang, jgn tarik handbrake tau!
Aku : Maaf, jalan tak rata.
Pompuan : Iyer laa. Tp jgn tarik handbrake. Menyusahkan orang. Saya ni nak balik Kinrara!

Aku blah jer. Tak faham ker?? Aduii ... aku dah tersakit ati ni. Pas park je kete, aku naik ofis balik. Hati dah membara. So, aku sms pompuan ni. Aku tulis aku mintak maaf, tak free gear coz tapak x rata. Klu tak, nanti orang tolak kete aku, hentam kete orang lain. Dia tu bernasib baik aku tinggalkan no fon sbb aku pernah lebih malang dari tu. Tau dia jawap ape?

Pompuan : Tlg jgn terlalu mementingkan diri. Klu nak parking elok, wat parking sdri. Ada terfikir psl kecemasan? itu kan adat nak blok kete orang, kete kena tolak laa!!

Aku jwb laa ... kalu pentingkan diri, aku tak tinggalkan no fon. Psl kecemasan, aku dah paham sgt since mase kes anak aku meninggal dulu. Pastu dia jawab lagi ...

Pompuan : Kalau gitu, puan lebih memahami drp org lain. klu sesuatu terjadi pd anak sy td, puan nak tanggung? sy lewat hampir stgh jam.

Ehh ... dia ni. Ingat aku suka2 parking mcm tu ker? tu pun nasib baik aku tinggal no fon. itu pun nasib baik aku turun alih kete. tak bersyukur langsung! Last but not least ...

Aku : Itu ketentuan. Sudah takdir awak lewat stgh jam. Kalau bukan disebabkan sy, mgkin disbabkan perkara lain. Terpulang laa ...

Terus senyap x berjawab. Lantak ko laa ... da fed-up ke ape ker ... aku pun malas dah nak layan. mak aku pun da pesan ... "Usah dilayan pompuan giler tu ...". Huhu ... mak aku pun label dia pompuan giler. Hahaha ... huhuhu ... hehehe ...

Entah laa ... isu parking kat tmpat keje aku ni memang kritikal. Tp bg aku ... aku tak kisah orang nak block kete aku since memang kat sini xleh nak elak. Tp tolong laa jgn tarik handbrake. Andai kata terpaksa, tinggalkan no fon. Dan jawab laa fon. Ok orang di luar sana? Daa ...

Tuesday, January 26, 2010

Afiq Latest Photo

Amboi ... sukanya dia!!!! Ni antara gambar terkini Afiq yang sempat mama snap! Kalau tak silap mama, lum ada mane2 gambar lg yang sempat mama amik since Afiq off oxygen last October. Alhamdulillah ... Afiq terus sihat dan sangat nakal yer!!! Penat mama ... huhu ... but seronok.

This morning pun ... mama rushed nak ke ofis, sedih tgk Afiq kena tinggal ngan abah. Sempat dukung Afiq sekejap je sbb mama da lewat.

So, this photo laa yg menjadi teman rindu mama kt ofis.



Mmg kegemaran Afiq ... kiranya remote Astro ni xlepas ler dr tangan dia. mcm channel dia picit. nasib baik tak tolong sibscribe sekali. huhu ... remote ni kira lasak ler. bukan kena gigit jer ... kena campak smpai tercabut topi dibuatnya ... nasib baik x terburai jer ... bertuah sungguh anak mama ni ... isk isk isk ...

klu abah balik, mintak maap laa yer Afiq. No chance ler nk pegang remote tu ... huhu ... sempat ngumpat abah ni ... jgn mare ye baaang ... ;-)




akhirnya ... dpt snap gambar afiq pegang botol. asalnya tengah minum susu sambil tgk tv. sambil minum tu, mama tgk afiq leka tgk tv. mama ler ... gatal tgn tarik tgn afiq pegang botol. konon nak ajor dia laa kan. dah dia ingat kita suruh dia main botol lak. terus stop minum, dia main botol je. jadi laa mcm dalam gambar ni ... sabo je laa ...

klu setakat pegang tak pe ler. ni siap goncang sampai merecik2 susu kt lantai. iskk ... xleh jadi ni ... terpaksa laa mama amik semula botolnya. lain kali ye mama ajar afiq pegang botol susu.


Wednesday, January 13, 2010

Root Canal Treatment II

Ni bersambung dengan yg ari tu. Kisahnya belum tamat ... dan seksanya masih berterusan ...

Since gum I dah swollen coz of infection, so Dr pesan to observe. If shrunken, means it is a good result. Otherwise, better to call and set a new appointment. So, every single hour aku tanya hubby how it looks. mengada xnak tengok sendiri sbb x berani nak terima kenyataan (kalau bengkak x surut ... huhu). sementara nak tunggu bengkak tu ok, ngilu dang sengal semua ada. sakit mcm sebelum tanggal braces lagi. dek x tertahan sakitnya, aku call laa klinik. biasa laa ... yang menjawabnya kerani jaga kaunter. Dia pesan, andai sakit sangat (sbb sepatutnya x sakit), datang walk-in to the clinic to see the Dr and get some medicine/pain killer. Ooo ... itu macam kaa???

aku tanya jugak member yg pernah buat root canal ni. diorang kata xde laa sakit tapi itu baru stage 1, letak ubat untuk bunuh kuman. next appointment bru seksa sbb dia nak matikan akar. aduihh ... bad impression betul laa. ni yg nervous tunggu next appoinment ni ... :-(

but ... the good news is ... bengkak da xde and sakit pun da xde. so, maknanya kuman dan mati kot kt dlm gusi tu. hopefully. ok ... wait for the next experince on this coming february and wish me luck! hehehe ...