Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Menjengah Lagi ...

Alhamdulillah ... syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan bulan yang penuh mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang dilalui tahun sebelum2 ni.

Nampaknya tahun ni tak berkesempatan berterawikh di surau. Buat sendiri di rumah aje laa nampaknya. Tapi setakat 2 hari yang sudah berlalu, masih belum berkesempatan. Rumah meriah ... along, angah ... wan pun ada. Nak siapkan makan malam untuk diorang laa pulak. Tambah plak Afiq kejap2 sedar. Kalau setakat sedar then tido balik, takpe lagi. Ni siap berjaga + merengek. Aduii ... terpaksalah mintak tolong angah. Hehehe ... jasamu dikenang. Thanks.

Ini Ramadhan pertama di ofis baru. Tak pasti ape aktiviti yang ada sepanjang bulan ni. Baru tadi terima emel pasal aktiviti Puspanita. Tadarus Quran. Aktiviti yang baik ... nak gi ke tak ... nak gi ke tak? Emm ... niat ada tp ... mcm xde gang nak gi. Camne ekk? 50-50 da ni ...

Ape2 pun ... harap sangat agar Ramadhan kali ni ... takde laa wat 'dosa' tu lagi. Insya-Allah ... semoga dipermudahkan jalan untuk ku terus beribadah kepada-Mu, Ya Allah. Amiin ...

Thursday, August 20, 2009

Gelombang H1N1

Pertama sekali, takziah kepada keluarga mangsa H1N1 yang telah meninggal dunia. Apa nak dikata ... ajal dan maut di tangan Tuhan.

Kerajaan sekarang begitu serius mencari jalan penyelesaian penularan wabak H1N1 yang kini telah meragut jumlah nyawa seramai 64 orang. Kempen memakai face mask telah pun diwar2kan. Golongan yang berisiko tinggi ialah bayi/kanak2, warga tuan dan wanita mengandung. Tambahan pula sekarang ni musim demam dan denggi. Bila demam sikit je, berebut2 ke klinik/hospital ... dikhuatiri bukan demam biasa. Maka penuh laa klinik/hospital esp klinik/hospital kerajaan.

Nak komen ni ... tabiat "Tak apa" dan tidak memakai topeng muka ketika berada di tempat awam tidak seharusnya dipandang remeh. Disebabkan golongan inilah, orang lain menjadi mangsa kerana berada berhampiran mereka. Di mana semangat 1 Malaysia jika hanya mementingkan diri sendiri?

Maka, terpaksalah memikiran hal masing2. Memakai topeng muka di khalayak ramai, sentiasa menjaga kebersihan tangan, kurangkan menyentuh idung dan jauhi mereka yang tidak sihat. Ape2 pun, kena kurangkan aktiviti yang melibatkan ramai orang.

Hari Kebangsaan yang akan datang ni ... tak tau laa macam mana. Lagipun, dah 2 hari rasenya takde kes kematian H1N1. Alhamdulillah. Harap semua rakyat Malaysia sedar mengenai masalah negara sekarang ni. Jagalah kesihatan dan ambil langkah perlu dengan segera. Insya-Allah ...

Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri ... Al-Fatihah

Satu lagi berita yang mengejutkan. Apa2 pun, innalillahi wainnailaihi raji'un. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah.

Mengapa yer orang yang baik2 ... tidak menyusahkan orang sering 'pergi' dulu? Mengapa yang menyusahkan orang dan membuat onar tidak 'dipanggil'? Astaghfirullah. Semuanya ada hikmah di sebaliknya. Selagi belum tiba ajalnya, berebut2 lah membuat amal dan ibadah selagi badan masih bernyawa. Peluang yang kita tidak pasti berapa lama yang kita ada. Alhamdulillah, mereka (Ustaz Asri, Yasmin Ahmad, Hani Mohsin) kembali ke rahmatullah dengan mudah dan ramai yang menyembahyangkan mereka. Alhamdulillah. Entah bagaimana lah agaknya nasib kita menghadapi sakaratul maut nanti.

Semoga aku sentiasa dalam keadaan beriman sebelum ditarik nyawa, semasa ditarik nyawa dan selepas ditarik nyawa. Amiin ...

Wednesday, August 5, 2009

Yasmin Ahmad In Memory

Dah hampir 2 minggu arwah Yasmin meninggalkan kita. Kehilangannya cukup terasa. Segenap lapisan masyarakat mula 'melihat' hasil kerjanya terdahulu.

Aku ... bukan minat sangat dengan arwah sebab aku memang kurang minat dengan orang industri hiburan. Tetapi secara luaran, ada juga wujud minat ... kreativiti arwah. Sememangnya kreativiti dan ilham arwah sangat dikagumi. Setiap tahun menunggu iklan raya, merdeka ... hasil kerja tangan arwah. Mesti ada mesej yang menyentuh perasaan. Tak kira lah sedih ke ... lucu ke ... yang pasti iklannya terus sampai ke hati. Tambahan pula, mesejnya melambangkan 'rakyat' Malaysia.

Walaupun aku belum pernah menonton filem2 karya arwah, tapi aku tau konsep ceritanya memang lain daripada yang lain ... especially kat Malaysia ni. Tak boleh nak bandingkan pun dengan Prof. Madya Razak Mohaideen ... jauh beza bagai langit dan bumi. Cara bercerita, pelakon2 baru ... bagi aku ... brilliant! Memang dilahirkan untuk membawa sinar kepada dunia hiburan. Tapi ... Allah lebih menyayanginya.

Kasih kepada kedua ibu bapanya sangat menyentuh perasaan. Aku tengok Majalah 3 last week ... lebih kurang mcm Tribute of Yasmin laa. Satu temubual dengan parents arwah. Satu je yang aku takleh lupa ... mak arwah ceritakan semula ...

"Kalau boleh, saya nak mak pergi (meninggal) dulu. Supaya saya boleh jaga mak sampai akhir hayat mak. Lagipun, kalau saya pergi (meninggal) dulu, sapa yang nak jaga mak?"

Mak arwah pun tak dapat menahan air mata. Siapa yang tak tersentuh dengan kata2 kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Kasih ibu membawa ke syurga.

Secara peribadi, kehilangannya merupakan satu kehilangan yang tiada galang gantinya. Hasil kerja dan personaliti arwah tetap memberi sinar kepada industri perfileman Malaysia. Arwah akan tetap dikenang dan dirindui. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi oleh-Nya. Al-Fatihah ... Amiin ...

Kisah Bayi 'Diratah' Biawak

Astaghfirullah ... baru baca paper KOSMO this morning. Apa nak jadi dengan manusia zaman2 akhir ni? Macam dah takde nilai. Boleh dibuang, dibunuh, dikelar, ditetak ... sesuka hati aje. Macam buat kat anak patung. Eee ... geram sungguh!

Dah tau buat salah ... pastu termengandung lak. Tak belajar ke ... bayi dalam kandungan tu kan akan membesar dan akan ditiupkan roh. Sebelum tu, amik laa tindakan awal. Bukan ler nak menggalakkan ... na'uzubillah ... cuma kurang laa sikit rasa 'terbakar' kat dalam hati ni. Takde laa sampai kena tangkap, masuk paper ... malukan keluarga. Fikirlah sendiri weighhh !!!

Nak membebel pun tak guna. Orang tak nak dengar pun. Lagi dicantas nya cakap kita ade laa. Konon kolot dan mengongkong. Tak fikir panjang. Muda mudi zaman sekarang.
Macam mana nak capai '1 Malaysia' ni ... isk ...