Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Menjengah Lagi ...

Alhamdulillah ... syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan bulan yang penuh mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang dilalui tahun sebelum2 ni.

Nampaknya tahun ni tak berkesempatan berterawikh di surau. Buat sendiri di rumah aje laa nampaknya. Tapi setakat 2 hari yang sudah berlalu, masih belum berkesempatan. Rumah meriah ... along, angah ... wan pun ada. Nak siapkan makan malam untuk diorang laa pulak. Tambah plak Afiq kejap2 sedar. Kalau setakat sedar then tido balik, takpe lagi. Ni siap berjaga + merengek. Aduii ... terpaksalah mintak tolong angah. Hehehe ... jasamu dikenang. Thanks.

Ini Ramadhan pertama di ofis baru. Tak pasti ape aktiviti yang ada sepanjang bulan ni. Baru tadi terima emel pasal aktiviti Puspanita. Tadarus Quran. Aktiviti yang baik ... nak gi ke tak ... nak gi ke tak? Emm ... niat ada tp ... mcm xde gang nak gi. Camne ekk? 50-50 da ni ...

Ape2 pun ... harap sangat agar Ramadhan kali ni ... takde laa wat 'dosa' tu lagi. Insya-Allah ... semoga dipermudahkan jalan untuk ku terus beribadah kepada-Mu, Ya Allah. Amiin ...

No comments: