Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Thursday, May 28, 2009

Very Low Birth Weight (VLBW)

Baru-baru ni Afiq ada appointment VLBW. Memang excited nak jumpa doktor sebab nak tau next step untuk Afiq. Alhamdulillah, tak dapat jumpa dengan Specialist tapi terus jumpa dengan Consultant. Lagipun, Consultant tu pun da kenal Afiq since Afiq stay kat NICU kan lama.

Ada cerita best dan tak berapa best. Yang best, Afiq da boleh start solid food. Sepatutnya, Afiq da boleh start mase umur (chronological) 6 bulan lagi. Sekarang da 8 bulan ... missed 2 bulan. Takpe laa ... mama dia lak yang excited. hehehe ... ade jugak ubat yang Afiq tak perlu continue. Tapi susu similac kena teruskan. So far, ok laa tu kan.

Yang tak berapa best ... Consultant tu kata Afiq kena teruskan vaksin Synagis yang harganya RM3K++ sampi umur 12 bulan. Aduii ... tapi mama citer direct kat Prof tu ... mslh2 yang ada. Then, Prof tu faham. Tapi dia still prescribed kan ubat tu. Mana tau kalau nak beli jugak. Lagi 4 bulan ... menggigil kaki mama ... hehehe ... and hari tu jugak inject vaksin Influenza. Musim kan sekarang.

Ape-ape pun, klinik VLBW ni penting untuk jumpa doktor dan discuss dengan diorang apa-ape tentang baby kita. Next appointment is 4 bulan akan datang

Friday, May 15, 2009

Kerana kata-kata ...

Disebabkan kata-kata yang 'terlupa' nak tapis, hati seseorang yang dihormati, kini terguris bagaikan dihiris pisau baru yang tajam giler dan berkilat2. Adushh ... pedihnya!!!

Bab kata pepatah pujangga, tinta ibarat sebilah pedang. Kata-kata yang tertulis bisa membunuh. Macam mana ni? Masih sempat ke memohon maaf? Masih bisakah menjernihkan semula keadaan?

Perahu terlajak boleh diundur ... kata2? Arghhhh ....

Apa boleh dikata. Biarlah keadaan yang menentukan.

Thursday, May 7, 2009

Kancil dah selamat daa ...

Akhirnya, setelah sekian lama menjaja citer pasal kete kancil yang nak dijual tu ... tamatlah kisahnya pada petang semalam. Nasib baik ada pakcik yang prihatin dan sudi nak tolong carikan buyer. Tp buyer tu amik murah aje laa. Tak kisah laa daripada tak terjual. Oleh kerana masih ada hutang kat bank, maka tengahari tadi mintak izin kuar jap ngan bos gi setelkan baki.

Sedih gak laa pasni tak jumpa da kete tu. Uhuk uhuk ... aku tetap merinduimu ...