Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Wednesday, April 29, 2009

Hobi baru ...

Da ada hobi baru ... MEMASAK! Hehehe ... kt ofis baru ni, xtau laa camne leh timbul rase nak mencuba. Alhamdulillah, setakat ni menjadi laa. Da try masak mashed potato bersama gravy nya, kuih koleh kacang hijau, caramel sempoi dan yang paling baru ... donut. Baru buat semalam tp xsempat goreng. Balik keje ni je laa goreng. Ntah ape jd laa kuih donut ku di rumah.

Rasenye, ni semua bermula dengan sorang staf kt ofis baru ni ... rajin sgt memasak. Kerap bawak 'something' yang selalu hanya dibeli di luar. Tanya resipi, hujung terus minggu buat. Masa kat ofis lama dulu, ade jugak sorang dua staf yang pndai masak. Yang sorang ni, memang rajin bawak makanan ke ofis especially untuk breakfast. Tapi, takde langsung intention nak tanya resipi apatah lagi mencuba.

Rase xrugi pun sebab hubby memang jenis 'pemakan' orangnya. Bila da penat memasak, then ada pulak orang makan dengan penuh semangat, kita rase seronok. Dan rase bersemangat untuk mencuba resipi lain.

Readers out there ... kalau ade resipi untuk saya cuba, leh ler huluq2 ckit. Hehehe ... ape2 pun, hobi baru ku ini amat menyeronokkan.

Monday, April 13, 2009

Miting!!!

Esok, kena gi miting kat Kuching. Ganti bos. Maknanya, bosses laa yang ramai kat miting tu nanti. Tak kisah laa. Miting tu half-day jer. Tapi disebabkan xdapat tiket malam tu ... maka tak pasal2 kena overnite kt sana. Ni yang gabra ni. Almaklum ... tempat x familiar kan. Tapi bila call MAS, diorang kata tiket untuk mlm tu available. diorang xleh wat ape2 sbb book ticket thru agent.

Tapi ape2 pun, esok pas dapat je boarding pass ... terus gi kaunter. Cuba mintak tukar tiket ... available ke x. Hopefully ... ade laa kan. Amiin ...

Nanti bila balik ofis, boleh update dalam My Space@Work pulak k?