Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Wednesday, September 30, 2009

Happy Birthday Afiq

Pada 18 Sept lepas, Afiq dah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama. Oleh kerana masa tu bulan puasa, maka kitorang celebrate masa waktu berbuka laa. Meriah laa gak ngan pak long and family, atok dan tok mak. Xpuas hati dengan kek je laa. Ade ke tulisan birthday tu dia tulis atas plastik. Sbb da nak berbuka, tu yg malas nak komplen kat kedai. Ape2 pun, mama excited sangat celebrate 1st birthday anak mama. Saaaaaaayang Afiq!

Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri is coming ...

Emm ... tinggal beberapa hari saje lagi Ramadhan akan berakhir untuk menyambut Syawal. Rase sedih lak. Iye laa ... rasenya hanya di bulan Ramadhan je agak kuat untuk meninggalkan perkara2 yang 'laghoh'. Kalau bulan2 biasa, susah nak wat perkara-perkara yang dapat pahala. Masa bulan Ramadhan jugak laa kita menjaga tutur kata, perbuatan, mengawal nafsu perut ... mcm2 lagi laa. Betul tak??

Lagipun, terfikir sorang2 ... masih ade ke peluang untuk menyambut Ramadhan lagi?? Insya-Allah.

Raya tahun lepas tak balik kampung sebab dalam pantang. Lagipun, Afiq masih di NICU. Tahun ni pun beraya di Semenyih je sbb Afiq masih pakai mesin oksigen. Takkan nak bawak ke hulu ke hilir plak mesin tu. Rosak nanti naya je. Apa2 pun, akan dipastikan kemeriahan Aidilfitri tetap diraikan.

Dan dah jadi kelaziman, ampun dan maaf dipinta agar kemeriahan Aidilfitri lebih bermakna. Semoga pengguna jalan raya berhati2 sepanjang pemanduan untuk menyambut lebaran bersama yang tersayang.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri".