Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Wednesday, October 26, 2011

Happy Diwali

Salam buat semua. Nak amik kesempatan menucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua orang India di seluruh dunia. Tetiba teringat citer Hindustan. Hehehehe ...

Dalam pada menyambut hari perayaan untuk bangsa ke-3 terbesar di Malaysia ni ... kita diselitkan dengan kisah2 menyayat hati dan tidak berperikemanusiaan. Nyawa bagaikan tiada nilai dan boleh dicampak dan dibuang di mana2, tak kira masa. Moral manusia di akhir zaman ini amat menakutkan.

Satu ketika kita digemparkan dengan masalah bohsia dan mat rempit. kemudian ajaran sesat yg melibatkan golongan profesional dan berpendidikan. Selepas tu, kisah buang bayi. Pastu dadah di kalangan remaja sekolah. Isu murtad dan gay yang menuntut pembelaan di mahkamah. Pelik ... semakian tua dunia ini, penghuninya makin pelbagai ragam malah pelik2 dan meloyakan.

Baru2 ni ... kita dihebohkan dengan kes langgar lari seorang budak perempuan berusia 2 tahun di China. Tiada siapa peduli. Orang di sekitar buat xtau saje. Dilaporkan masing2 xmau menanggung risiko ekorang polisi dan senario tempatan yang tidak beretika. Akhirnya satu nyawa melayang dengan sia2. Kemudian, di Mastika nasib seekor kucing yang dipotong kedua2 kaki hadapan kerana 'tiada akal' kucing mencuri ikan dan dihukum oleh orang yang 'berakal' tanpa belas kasihan. Kisah anak luar nikah yang dilahirkan sempurna kemudian dikelar2 sehingga mati. Astaghfirullah ... begitu mudah dan murahnya nilai nyawa sekarang. Begitu mudah menumpahkan darah tanpa rasa bersalah.

Entah apa lagi fenomena yang akan berlaku pada masa akan datang yg nampaknya semakin menakutkan. Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya seterusnya terus dilindungi dan dikurniakan rahmat keamanan dan kesejahteraan serta dijauhkan bala. Na'uzubillah ...