Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Friday, October 30, 2009

Afiq jatuh!!

Rabu baru2 ni. Macam biasa laa ... balik keje mesti dapatkan Afiq. Lompat2 ... sampai Afiq penat. Then, masa untuk MANDI!!! And seperti biasa ... aku letakkan Afiq atas katil tanpa dikepung oleh apa2 ... no bantal ... no barang2 unless mainan dia and tikar getah (sbb nak mandi ...). Masa turunkan bath tub dia tu, Afiq dah 'pose' meniarap. Aku pun gi laa dapur nak masak air (Afiq mandi air suam). Masa ni dengar lagi suara Afiq tengah syok bermain. Baik aku 'on' je kettle tu ... dengar suara Afiq melalak sekuat hati.

Tak cukup tanah aku berlari ke bilik. Mak mentua aku pun menyerbu bilik. Mentua jaga Afiq time aku keje. Iskk ... hati mana tak cuak weighhh ... bila tgk Afiq xde atas katil. Tgk2 kat lantai. Mak mentua aku terus angkat Afiq. Astaghfirullah ... aku terus amik Afiq dari tangan mentua! Pujuk laa ... tgk2 mana yang lebam ke ... luka ke ... benjol ker ... tapi masa tu mmg Allah je yg tau perasaan aku. memang cuak giler! Masa tu xde air mata nak keluar pun ... tak tau nape. Tapi rase takut, risau, sedih ... sume campur2.

Afiq xde laa menangis berterusan ... ada jugak laa rengek2 ckit. Lebam bawah mata kanan dia. Sian ... sambil tu mak mentua dah siapkan botol isi air panas nak tuamkan bawah mata Afiq tu. Bila aku tekan2 kat lebam tu ... Afiq xde lak nangis. Tapi dia tepis2 laa tgn aku. Sakit atau x suka. Agak2 da reda ... da dgr dia mumbling tu ... aku mandikan laa dia. Alhamdulillah, masa mandi dia mcm biasa. Melompat2 ... cepuk2 air ... ketawa mcm biasa. Aku lega sangat ... insya-Allah takde ape yang buruk laa. Setahu aku, kalau anak tak terus menangis, then muntah2 ... pastu lembik aje ... there must be something wrong. Teringat kes anak kawan aku kat ofis lama dulu ... sedih ...

Pas mandi dia merengek2 nak tido. Bagi susu sebotol, terus tido. Time ni laa baru aku rase tak tertahan air mata nak mengalir. Time tu laa aku dok fikir ... andai pas jatuh tu Afiq tak bergerak ... aku mesti rindu gelagat dia. Suara dia yang suka bermanja tu. Sedih giler beb!! Itu laa ... kita hanya menghargai selepas kehilangan. Lagipun, mak aku selalu pesan, jangan tinggal Afiq sorang2 atas katil ke ... atas kerusi ke ... kalau tak kepung. Walaupun sesaat dua. Dalam masa tu, sekelip mata je dia leh pusing.

Tapi malam tu, aku bawak gak gi jumpa Doktor. Doktor kata tak perlukan x-ray sbb Afiq nampak ok tapi dia mintak observe dalam 24hrs. Alhadulillah, hingga hari ini, Afiq sihat dan nakal mcm biasa. Sejak kejadian tu, mama takkan tinggalkan Afiq main sorang2 atas katil. Mama takkan tinggalkan Afiq sorang2 masa Afiq nak tido (klu belum tido laa.) Kalau Afiq dah tido, mama kena kepung Afiq ngan bantal.

Apa2 pun, aku bersyukur sangat takde ape yang buruk berlaku. Semoga ini jadi pengajaran buat semua ibu2. Anak kita makin membesar dan kebolehannya makin meningkat. Kadang2 kita tak sangka dia boleh buat apa yang sebelum ni tak nampak depan mata kita. Pada pendapat peribadi aku, Afiq dilindungi oleh-Nya kerana hati bayi2 kita ni bersih dan suci. Alhamdulillah ...

Tuesday, October 20, 2009

Tragedi

Sebenarnya hari ni dah hampir seminggu peristiwa tu berlalu. Tapi masih terbayang2 kat ruang mata ni. Especially time tgh drive. Aduhhh ... sungguh laa tertekan perasaan dan jiwa raga ni. Macam ala-ala fobia gitu.

Isnin lepas ... time nak gi keje pagi2 dalam kul 7 gitu ... nak undur ler kete kan. Kete hubby parking kt luar bawah pokok. Tgh dok undur tu ... tgk laa cermin pandang belakang ... mmg obvious nampak kete hubby tu. So, kita tekan laa break kan. Tapi entah apa yang berlaku ... otak kata break tapi kaki dok tekan minyak. So, tau2 je laa kan apa yg terjadi.

Aku yang dok menghentam ni pun rase menggigil. Sah laa langgar, pastu panik agaknya aku x angkat pun minyak tu. Tekan lagi ade laa smpi kete hubby tu bergerak ckit. Kemek jgn citer laa. itu mmg sudah PASTIIIII!!! (ala2 soprano ning baizura ...)

Nyonya 2 orang tgh berjoging kt belakang tu pun da gabra. Aku ape lagi, kuar kete g kat hubby to say sorry. Hubby quite terkejut gak laa ... tgk dr expression muka dia. Jawapan dia ... "Takpe laa. Lgpun abg nak cat baru kete tu. Harap2 x kena rim". Aku terus mintak hubby gi anto kete untuk ketuk. Ongkosnya aku yg bayar.

Yang menjadi intipati citer ni sebenarnya ialah peristiwa tu selalu sgt berlegar2 dlm fikiran aku smpaikan aku takut nak bawak kete. Especially, kat traffic light. Macam2 aku fikir ... mana tau aku tertekan minyak lg ker ... hentam kete dpn. Kete dpn lak tu ... mercedes laa plak ... BMW ker ... uwaaaaaaaaaaaaaaa

Moral of the story ... Fikir laa sendiri ... hehehe ...

Thursday, October 8, 2009

Majlis Doa Kesyukuran

Alhamdulillah. Afiq terus ceria selepas off oksigen. Mama, Tok Mak, Atok, Opah, Aki ... semua gembira. Mama ingat nak wat kenduri doa kesyukuran ... kecil2an aje. Lagipun, mama dah niat. So, tunggu abah balik hujung minggu ni ... plan sama2. Samada dalam masa terdekat atau bulan depan. Sebab Tok Mak dah nak wat operation. Tak berseri majlis tanpa Tok Mak. Iyer laa ... tok mak yang menjaga Afiq masa mama ngan abah gi keje. Tak gitu?

Macam2 mama nak buat tp jangan over. Afiq masih dalam observation in this 3 months. Mama harap Afiq terus sihat. Insya-Allah, mama dan abah akan terus jaga dan menyayangi Afiq sepenuh hati.

Sekarang pun musim orang wat open-house. Berkira jugak nak bawak Afiq. Hati memang teringin nak berkunjung umah kengkawan. Tengok laa macam mana. H1N1 nampaknya da reda tapi apa2 boleh berlaku kan. Kawan Afiq, Ikram ... hari tu demam sampai kena warded. Ngeri pulak dengarnya. Ikram tu kira 'sihat' tu ... kalau nak banding dengan Afiq laa. Pun kena bahang beraya. Emm ...

Ape2 pun ... majlis yang dirancang nanti berjalan dengan lancar. Insya-Allah ...

Wednesday, October 7, 2009

Respironium Study Succeeded!

Alhamdulillah. Takde perkataan lain yang terlintas di hati.

Saat oksigen ditutup untuk respironium study 4/10/2009 jam 19:30, mama tak putus2 berdoa agar Afiq berjaya. Air mata jangan cerita laa. Tambahan pulak SPO2 reader tu xde alarm. Staf hospital siap pesan pada mama, andai reader tu 'mati' tiba2, mintak on kan balik. "Hahh??? Boleh jadi macam tu ker?!" Lagi laa mama gabra. Hampir setiap jam 'menyedarkan' diri ... untuk tengok performance Afiq. Takde ape yang membimbangkan. Nurse dah pesan, kalau Afiq tetiba x tahan, on kan semula oksigen nya. Jadi, mama selalu laa check dada Afiq. Nampak penat ke x. Tapi alhamdulillah ... Afiq nampak 'comfortable' sangat.

Paginya, macam biasa Afiq bangun awal. Lepas mama solat subuh, Afiq dah bangun. Happy sangat. Takde nampak penat ke ... tak bermaya ker. Hati mana yang tak gembira. Ape2 pun ... kena tunggu result and review by Prof. Boleh ker Afiq off oxygen?

Petang, Afiq ada klinik VLBW. Continued w/o oxygen. Afiq nampak ok. Pas klinik, mama dapat tau Prof ada miting. Tapi Dr Haiza ada. So, dia da cal Prof, then resultnye ... Afiq boleh off oxygen. Alhamdulillah ... mesin kat rumah tu boleh pulang masa next respiratory clinic. Lega dan bersyukur sangat2.

Sehingga ke hari ini, Afiq ok dan sangat aktif. Mungkin rasa selesa sebab takde tiub kat hidung. Mama sentiasa doakan kesihatan dan kebahagian Afiq sepanjang hayat. Amiin ... saaaaayang Afiq.