Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Thursday, August 20, 2009

Gelombang H1N1

Pertama sekali, takziah kepada keluarga mangsa H1N1 yang telah meninggal dunia. Apa nak dikata ... ajal dan maut di tangan Tuhan.

Kerajaan sekarang begitu serius mencari jalan penyelesaian penularan wabak H1N1 yang kini telah meragut jumlah nyawa seramai 64 orang. Kempen memakai face mask telah pun diwar2kan. Golongan yang berisiko tinggi ialah bayi/kanak2, warga tuan dan wanita mengandung. Tambahan pula sekarang ni musim demam dan denggi. Bila demam sikit je, berebut2 ke klinik/hospital ... dikhuatiri bukan demam biasa. Maka penuh laa klinik/hospital esp klinik/hospital kerajaan.

Nak komen ni ... tabiat "Tak apa" dan tidak memakai topeng muka ketika berada di tempat awam tidak seharusnya dipandang remeh. Disebabkan golongan inilah, orang lain menjadi mangsa kerana berada berhampiran mereka. Di mana semangat 1 Malaysia jika hanya mementingkan diri sendiri?

Maka, terpaksalah memikiran hal masing2. Memakai topeng muka di khalayak ramai, sentiasa menjaga kebersihan tangan, kurangkan menyentuh idung dan jauhi mereka yang tidak sihat. Ape2 pun, kena kurangkan aktiviti yang melibatkan ramai orang.

Hari Kebangsaan yang akan datang ni ... tak tau laa macam mana. Lagipun, dah 2 hari rasenya takde kes kematian H1N1. Alhamdulillah. Harap semua rakyat Malaysia sedar mengenai masalah negara sekarang ni. Jagalah kesihatan dan ambil langkah perlu dengan segera. Insya-Allah ...

No comments: