Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Monday, May 21, 2012

Perayaan Yang Menjadi Ikutan

Tertarik hati nak berkongsi pendapat mengenai perayaan atau sambutan yang kebanyakannya adalah satu ikutan bangsa atau agama lain. Islam tidak menuntut pun. Ada yang harus malah ada yang diharamkan.

Baru2 ni isu sambutan Hari Ibu. Khutbah Jumaat kt umah kata HARAM meraikannya kerana menyerupai amalan agama Kristian di Eropah. Daripada ulasan-ulasan para Ulama' ... ada pelbagai pandangan. Ada yang kata harus, ada yang kata makruh dan seterusnya menjurus kepada Haram.

Dikatakan harus kerana niat meraikannya berdasarkan kepada kehidupan skrg yang mana sukar untuk meraikan ibu masing-masing setiap hari. Bila ada tarikh / bulan tertentu, mudah untuk merancang dan seterusnya berkumpul anak beranak. Mereka bersetuju ia adalah bid'ah kerana Islam tidak menuntut menyayangi ibu pada satu tarikh sahaja. Dengan syarat tidak berniat/bertujuan meniru/menyerupai orang Barat.

Dikatakan makruh pula sbb menyerupai sesuatu kaum yang lain. Demi menjaga kemaslahatan umat Islam, maka elakkannya kerana ditakuti jatuh kepada hukum Haram.

Pendapat ulama' mengatakan Haram kerana satu sahaja iaitu MENYERUPAI KAUM LAIN. Spt mana sabda Rasulullahi S.A.W  “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani].

Maka banyak lagi perayaan / sambutan yang menyerupai malah seakan2 meniru orang Barat termasuklah sambutan tahun baru (kalendar masihi).

Semoga kita diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Tepuk dada tanya iman. Wallahu a'lam.

No comments: