Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Thursday, May 17, 2012

Kisah Menjadi Orang Yang Bermanfaat

Salam semua. Hari ni rasa mcm nk potpet psl manfaat. Ok kan? Bukan apa ... kita selalu dituntut agar menjadi orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Bukannya jadi orang yang menyusahkan orang lain. Banyak pahalanya. Tidak kira laa besar, kecil, banyak atau sikit manfaat yang diberi.

Sebelum ni aku selalu dengar ... jangan asyik komplen ofis tak bagi itu dan ini, tetapi fikir2kan apa yg kita boleh bagi pada ofis kita. Apa kebajikan yang kita boleh bg kepada ofis kita agar ia bermanfaat kepada ofis / organisasi. Jika mereka ambil manfaat dan apply pulak kt tempat lain, alangkah besarnya pahala kita. Rupa2nya kebajikan kita turut dimanfaatkan kepada ramai orang, yang tak pernah kita tau.

Mungkin kalau kisah menjadi orang bermanfaat kepada organisasi terlalu biasa. Tapi bagi aku, menjadi orang bermanfaat kepada keluarga kurang diberi perhatian. Kepada ibu bapa, adik beradik, suami/isteri malah saudara mara dan sahabat karib. Bukan sape2 pun ... saudara sendiri.

nak kongsi laa beberapa senario :
1. Si anak gajinya kecil, tak dapat nk hulurkan byk2 pada mak abah. Tapi cukup rajin. Siap mengerjakan tanah terbiar dgn bercucuk tanam di luar rumah. Hasilnya dapat dikongsi bersama mak abah. Mana yang pandai bab2 menukang/ merepair brg2 kt umah tu. So, belanja umah mak abah kt umah tu da dikurangkan sbb manfaat oleh anaknya itu. Sejuk perut ibu mengandung dpt anak mcm ni ... hehehe ...

2. Si suami bukan jenis yang suka mengemas. Tapi bab anak2 mmg dia jaga. Kalau boleh balik keje ngn anak2 je laa. mandikan anak (yg kecik ler), tgk kan kerja sekolah anak, tido kan anak2 ... surat khabar ke tv ke ... boleh jatuh no 2. secara tak langsung ia bermanfaat kepada isterinya. tolong handle anak2 smntara si isteri boleh fokus kpd kerja2 rumah yang lain. sayang cik abang ... ngee ...

3. Kawan di pejabat. Kerjanya biasa2 saje. Takde laa tip top sgt. Tapi bab solat sgt dijaga. Masuk je waktu segera mengerjakan solat. Sblm pergi tu, diajak bersama kawan2 yg lain. Mungkin tak ramai tp ada laa seorang dua yang akan menurut sama. Selepas tu makin ramai. Kemudian diamalkan pula di rumah atau di mana2. Banyak faedah menyegerakan solat. Insya-Allah ... segala urusan dipermudahkan. Bagi aku ... ramai yang menerima manfaat kawan tadi tu. Tak berapa nampak dengan mata kasar tapi tengok laa dgn mata hati. :-) leh jmpa ke kawan mcm tu yer ... emmm ...

Tu saje je senario2 biasa yang aku pernah baca/tengok. tak kira laa dongeng ke kisah benar ke. Ap yg penting ... marilah bersama-sama merenung kembali adakah kita telah menjadi orang yg bermanfaat kepada orang lain. Tepuk dada tanya iman. Wallahu a'lam.

No comments: