Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Friday, October 30, 2009

Afiq jatuh!!

Rabu baru2 ni. Macam biasa laa ... balik keje mesti dapatkan Afiq. Lompat2 ... sampai Afiq penat. Then, masa untuk MANDI!!! And seperti biasa ... aku letakkan Afiq atas katil tanpa dikepung oleh apa2 ... no bantal ... no barang2 unless mainan dia and tikar getah (sbb nak mandi ...). Masa turunkan bath tub dia tu, Afiq dah 'pose' meniarap. Aku pun gi laa dapur nak masak air (Afiq mandi air suam). Masa ni dengar lagi suara Afiq tengah syok bermain. Baik aku 'on' je kettle tu ... dengar suara Afiq melalak sekuat hati.

Tak cukup tanah aku berlari ke bilik. Mak mentua aku pun menyerbu bilik. Mentua jaga Afiq time aku keje. Iskk ... hati mana tak cuak weighhh ... bila tgk Afiq xde atas katil. Tgk2 kat lantai. Mak mentua aku terus angkat Afiq. Astaghfirullah ... aku terus amik Afiq dari tangan mentua! Pujuk laa ... tgk2 mana yang lebam ke ... luka ke ... benjol ker ... tapi masa tu mmg Allah je yg tau perasaan aku. memang cuak giler! Masa tu xde air mata nak keluar pun ... tak tau nape. Tapi rase takut, risau, sedih ... sume campur2.

Afiq xde laa menangis berterusan ... ada jugak laa rengek2 ckit. Lebam bawah mata kanan dia. Sian ... sambil tu mak mentua dah siapkan botol isi air panas nak tuamkan bawah mata Afiq tu. Bila aku tekan2 kat lebam tu ... Afiq xde lak nangis. Tapi dia tepis2 laa tgn aku. Sakit atau x suka. Agak2 da reda ... da dgr dia mumbling tu ... aku mandikan laa dia. Alhamdulillah, masa mandi dia mcm biasa. Melompat2 ... cepuk2 air ... ketawa mcm biasa. Aku lega sangat ... insya-Allah takde ape yang buruk laa. Setahu aku, kalau anak tak terus menangis, then muntah2 ... pastu lembik aje ... there must be something wrong. Teringat kes anak kawan aku kat ofis lama dulu ... sedih ...

Pas mandi dia merengek2 nak tido. Bagi susu sebotol, terus tido. Time ni laa baru aku rase tak tertahan air mata nak mengalir. Time tu laa aku dok fikir ... andai pas jatuh tu Afiq tak bergerak ... aku mesti rindu gelagat dia. Suara dia yang suka bermanja tu. Sedih giler beb!! Itu laa ... kita hanya menghargai selepas kehilangan. Lagipun, mak aku selalu pesan, jangan tinggal Afiq sorang2 atas katil ke ... atas kerusi ke ... kalau tak kepung. Walaupun sesaat dua. Dalam masa tu, sekelip mata je dia leh pusing.

Tapi malam tu, aku bawak gak gi jumpa Doktor. Doktor kata tak perlukan x-ray sbb Afiq nampak ok tapi dia mintak observe dalam 24hrs. Alhadulillah, hingga hari ini, Afiq sihat dan nakal mcm biasa. Sejak kejadian tu, mama takkan tinggalkan Afiq main sorang2 atas katil. Mama takkan tinggalkan Afiq sorang2 masa Afiq nak tido (klu belum tido laa.) Kalau Afiq dah tido, mama kena kepung Afiq ngan bantal.

Apa2 pun, aku bersyukur sangat takde ape yang buruk berlaku. Semoga ini jadi pengajaran buat semua ibu2. Anak kita makin membesar dan kebolehannya makin meningkat. Kadang2 kita tak sangka dia boleh buat apa yang sebelum ni tak nampak depan mata kita. Pada pendapat peribadi aku, Afiq dilindungi oleh-Nya kerana hati bayi2 kita ni bersih dan suci. Alhamdulillah ...

No comments: