Pot Pet

Suka berkongsi rasa. Mana yg baik jadikan teladan, mana yang x baik, jadikan sempadan. OK?

Thursday, September 25, 2014

Sakit Mata

Salam pagi buta. (Hehehe...)

Macam tak leh nak tunggu esok pagi je update blog. Tak nyempat2. Hehehe...idea tengah mari. So baik update sekarang. Nanti xde idea plak.

Nak citer pasal sakit mata. My boy sorang da terjangkit sakit matanya dari tadika dia laa. Biasa laa tadika...da bercampur2. Tapi kan...

Ade kisahnya laa pasal sakit mata ni. As usual, kitorang as parents ni ade grup wassup laa. By right untuk share pasal aktvt anak di sekolah and secara X langsung eratkan silaturrahim among parents. Hanya kerana satu soalan yang diajukan (aku ler yg tanya..), grup terpaksa dibubarkan. Akibat kurang matang dan emosi mengatasi akal.

Logiknya, mmg xperlulah menghantar anak yang sakit mata ke sekolah. Penyakit yang senang berjangkit. Kalau ade aral nak menjaga anak, as cuti da xde ke, xleh cuti ke atau Ape aje, rasenya leh mintak pihak sekolah untuk kuarantin. Untuk kebaikan bersama.

Maka hasilnya, mata my boy da merah kedua2nya. Sembab. Makin sepet jadinya. Hahaha... Instead of ubat titik from Klinik Kesihatan, kita titik jugak air zam zam. Alhamdulillah...kurang merah and gatal2. Semalam xberapa gatal. Mlm ni plak merenyam2 agaknya. Harap2, cepat laa sembuhnya. Sedih tengok mata cenggitu. Huhu..

Thursday, September 4, 2014

Homestay @JB

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Mood merdeka tapi attend wedding kazen kat JB. Bukan senang nak turun JB weii. Hahaha...

Haa...sebenarnya nak cerita pasal kitorang dok homestay kt JB. Ini kali kedua kitorang menginap kt sini. Sebab? Complete!!! Cuma astro je laa xde. Tp since mmg dtg JB ni bukan setakat attend wedding, berjalan smpi x hengat nak balik umah, maka astro is not necessary laa kan.

Kitorang siap masak2 lagi. Baju pon siap basuh. So xde laa bawak 'baju kotor' balik kan. Bilik ade 4. Setiap bilik ada pendingin hawa. Setiap toilet ade heater. Bantal, toto, selimut, towel, ubat gigi, sabun, syampu. Sabun basuh baju pon ade. Yang lagi best dibekalkan jugak dengan kuih frozen dalam peti ais. Dan...bila ade kuih maka mesti laa ade teh or kopi. Of course!!! Semua disediakan. Memang best!! Kitorang bawak baju ngn bantal busuk je. Hahaha...

Memang berbaloi!!

Berbaloi-baloi dok sini.Memang berbaloi laa kalau duduk sini lebih daripada satu keluarga. Rumahnya besor. Tak happening langsung klu dok berlima je. Hehehe...

Macam biasa...check-in 2pm, check-out 12noon. Apa-apa pun leh nego dengan owner. Selamat menginap!!

Saturday, August 9, 2014

Selamat Hari Raya!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Tahun ni giliran beraya hari raya 1 di sebelah keluarga saya pula. Tema saya dan anak was purple. En suami malas nak tempah baju sedondon sebab baju tahun2 lepas leh pakai lagi. Iyer laa..setahun sekali je pakai. Hehehe...

Alhamdulillah..setelah sekian lama tak berkesempatan, rezeki tahun ni dapat sama2 berjemaah tunaikan Solat Aidilfitri di surau taman. Selepas solat, baru bergerak ke rumah mak berjumpa dengan mak abah serta adik beradik yang lain. Excited giler!!! Bukan fikir makanan sgt pon. Hehehe...

Hari raya kedua, baru laa bergerak ke Muor. Homestay jadi pilihan sebab rumah Atok x muat laa nak sumbatkan famili anak cucu sume. Along je x dpt balik sama2 kali ni sebab ade urusan ipar kat umah.

Kali ni xde laa beria sgt beraya sebab hujan setiap pagi dr subuh smpai ke tghari. Makanya pas tghari bru berjalan. Tp disebabkan mak pak sedara da ade yg wat umah kat kampung, maka beraya umah diorg laa. So xleh laa nak sekejap sgt. Ye dak? Makanya 2-3 biji umah je laa dpt beraya dalam satu hari termasuk laa beraya belah malam.

Raya keempat bergerak balik ke semenyih. Alhamdulillah...jalan x jam. Makanya, tiba awal di semenyih. En suami rase larat nak drive lagi. Maka bersiap serba sikit, then bergerak ke kampung mertua pulak kt Jerantut. Perghhh...en suami yg drive. Hehehe...

Smpai je kt kampung mertua, hidung menusuk sebab ade cempedak dalam umah. Umangaiii...sodapnya bau!!! Sabo2...esok kita terkam. Hehehe...

As usual, kt belah mertua xde laa beraya sgt. Hari raya ke 6 baru laa kami sekeluarga berkonvoi beraya ke rumah sedara terdekat. Dpt laa 2 buah umah.

Bergerak balik ke semenyih hari raya ke 7. Alhamdulillah...jalan clear. Cuma jam sikit kt ukay ngn pandan. Pastu clear. Apa2 pon, esoknya berehat sepuasnya sebab cuti. Yeay!!!

Ok laa...sekian saje cerita raya di kampung. Apa2 pon beraya dan berkumpul dengan sedara mara memang momen yg sgt menyeronokkan. Almaklum, setahun sekali jumpa. Tahun depan, giliran umah mertua dlu plak. Hehehe..